Malam-malam Ganjil Hujung Ramadan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MALAM-MALAM GANJIL HUJUNG RAMADAN. Dalam bulan Ramadan sepuluh malam ganjil terakhirnya [menurut beberapa hadis] sentiasa menjadi sebutan dan dinanti-nantikan. Salah satu malam tersebut adalah malam Lailatulqadar. Satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam di mana ayat Al-Quran diturunkan. Sepuluh malan terakhir dan biasanya waktu itulah masing-masing sudah mula sibuk dengan bermacam persiapan untuk menyambut Syawal. Mana yang ambil tempahan kuih raya malam-malam inilah sengakang mata. Mana yang ambil upah mejahit baju dan langsir pun sama juga sampai lebam keliling mata nak siapkan tempahan. Semangat.

Malam-malam ganjil hujung Ramadan dirahsiakan bukan suka-suka sebaliknya ada hikmah yang mahu Allah SWT sampaikan kepada kita. Bila kita buat kerja jangan bersemangat cuma di awal-awal. Siapkan sampai habis. Kalau kita berlari semakin menghampiri garisan penamat semakin kuat dan bersungguh kita berlarikan. Sama jugalah ketika beribadah. Awal Ramadan seronok sangat, jadi semakin berakhirnya Ramadan mesti semakin bersemangat beribadah dan bersungguh-sungguh mendekatkan diri dengan Allah SWT. Lebih fokus, lebih ikhlas dan lebih bersemangat. Kalau Allah matikan kita, dah tak ada lagi Ramadan untuk kita. Inilah yang terakhir. Begitulah ibaratnya. 

Sesuatu yang kita minta dan mahu, pasti besar dugaan dan godaannya. Ini yang PC rasakan. kadang Allah nak beri melalui ujian bukan beri terus dalam bentuk nikmat. Dua jalan satu matlamat dengan caraNYA yang indah dan tersendiri. Kadang Allah beri dalam kita mengais, kadang Allah beri ketika kita ketawa. Nak jumpa dan direzekikan malam Lailatulqadar pun kena minta [doa] dengan Allah. Rezeki syukur. Semua orang merasai malam Lailatulqadar cuma dengan cara dan bawaan diri masing-masing ketika itulah.

Malam-malam Ganjil Hujung Ramadan
Malam-malam Ganjil Hujung Ramadan 

Sekian
Tinta PC
Malam-malam ganjil hujung Ramadan


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. semoga kita semua ada rezeki bertemu lailatul qadar ;-)

    BalasPadam
  2. moga kita dpt bertemu malam lailatul qadar :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama