Header Ads

Pilihan Dalam Permintaan

PILIHAN DALAM PERMINTAANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Bebas. Allah memberi kita semua kebebasan tapi tidak melepaskan siapa yang menyalahgunakan kebebasan. Hukum yang ditetapkan bukan untuk mengongkong tapi menjadi garis panduan menuju syurgaNYA yang abadi. Kerana di sana disediakan dua destinasi. 

Neraka atau syurga. Derita atau nikmat bahagia. Itu pun Allah masih bebaskan lagi. Siapa ikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dengan rahmatNYA inshaAllah selamat. Kalau sebaliknya terserahlah. Semua telah dijelaskan. Kalau pilih ini begini. Jika pilih itu begitu. Selesai urusan Allah swt. Apa yang menjadi masalah dan dilema adalah bagaimana dengan kita.

Pilihan dalam permintaan. Kita pilih itu kemudian kita buat permintaan. Bila kita dah pilih apa yang kita mahu minta, bererti kena bersedia untuk sabar dan tawakal, kerana dalam masa yang sama kita kena juga terima pilihan Allah swt untuk kita. Pastikan jelas apa yang kita pilih dan apa yang kita minta. Salah pilih, salah minta itu pun Allah beri juga sebenarnya. Tak hairan bila kita lihat atau dengar, perkara itu salah tapi Allah permudahkan juga. jangan iri hati, jangan susah hati bila lihat urusan orang lain mudah walau dilandasan yang khilaf kerana seperti mana nikmat Allah luas, begitu jugalah azab Allah yang sangat perit kecuali bagi orang-orang yang mengetuk pintu taubat sebelum ajalnya.

Buat pertimbangan sebaik-baiknya. Ajal itu kian mendekat. Bukan semakin menjauh.

Pilihan Dalam Permintaan
Gambar sekadar hiasan


Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Pilihan Dalam Permintaan 

2 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..