Minimumkan Pembaziran

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MINIMUMKAN PEMBAZIRAN. Puasakan sebulan. Hidup atau mati bukan urusan kita. Ada rezeki nikmati sekadarnya bahagian kita. Tiada rezeki bukan bahagian kita,  redha. Sementara mahu mampu boleh sahaja juga jangan ditangguh atau berkira tetapi dalam semua situasi ini,  satu sahaja, JANGAN MEMBAZIR. MINIMUMKAN PEMBAZIRAN. 

Perut tengah lapar. Tekak sangat dahaga.  Semua kita mahu. Mulanya ingin, itu sikit,  ini sikit eh penuh semeja siap meja pun boleh beranak pinak. Kalau keluarga besar boleh dimengerti, tapi kalau keluarga sederhana atau kecil,  pilihlah sederhana. Kalau nak memasak lebih,  atau membeli lebih silakan dengan TUJUAN nak bersedekah jugakan, asal tidak ke tahap membazir mengapa tidak. 

Ketika puasa kita mendidik hati. Paling ringkas,  paling sederhana  dan paling fokus pada ibadah. Bukan cuma jangan membazir makanan,  Jangan juga membazir waktu dan tenaga pada perkara yang bukan-bukan.

Sekian
Tinta PC
Minimumkan Pembaziran




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. makan sehari sekali, mesti byk jimat kan

    BalasPadam
  2. Setuju sangat. Kadang-kadang kita terlalu teruja berpuasa dan beraya sampai tidak sedar kita lakukan pembaziran.

    BalasPadam
  3. Betul tu kak PC, bila terlampau teruja, semua nak dibeli. Contoh makanana. Rasa nak makan itu ini tapi bila dah beli, tak makan pulak. Dah membazir namanya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama