Header Ads

Menerima Jangan Terlalu Mahu Mengubah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENERIMA JANGAN TERLALU MAHU MENGUBAH

Dari hati
Menerima itu dari hati
Mengubah juga daripada hati
Menerima itu perlu dari luas dan tegarnya hati
Mengubah juga mesti dari tulus dan kesanggupan hati

Menerima jangan terlalu berharap yang lebih
Mengubah jangan sangat menekan dan paksa
Ramadan boleh jadikan bab baik dalam mempelajari
Hidup berakhlak

Setahun hanya sebulan
Ramadan cuma sekali
Tahun ini kita menikmati
Tahun mendatang belum tentu juga lagi

Pada setiap Ramadan yang datang
Menerima jangan terlalu mahu mengubah
Perlahan-lahanlah wahai manusia
Ya Ramadan bulan mewah keberkatan
Banyak rahmatnya juga
Namun hidup perlukan satu proses
Berperingkat
Sedikit demi sedikit

Mencari sinar
Mengejar cahaya
Dipersilakan
Jangan terburu-buru
 Taku nanti Ramadan ini mewah kesakitan yang sia-sia

Sekian
Tinta PC
Menerima Jangan Terlalu Mahu Mengubah 




logoblog

2 ulasan:

  1. Hari ini dah 24 Ramadhan sekejapan aje rasanya.
    Semoga bertemu malam seribu bulan

    BalasPadam
  2. menerima seikhlas hati. berubah itu slowly but surely. Semoga bulan Ramadan ni kita dapat merebut ganjarannya dan beristiqomah pada bulan bulan seterusnya. Aaminn...

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..