Besar Harapan Melangit Permohonan

BESAR HARAPAN MELANGIT PERMOHONAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Assalammualaikum wbt. Hari-hari berdoa. Meminta dan terus meminta. Dalam setiap permintaan. Pada selalu mengajukan permohonan kepada Yang Maha Berkuasa akan ada suatu yang diberatkan. Maksudnya hal itu yang sangat-sangat diinginkan. Dalam banyak-banyak hal tersebut ianya adalah permohonan taubat. Ya, taubat. Mintalah seberapa banyak pun yang dikehendaki. Tapi satu hal ini sangat PC beratkan. Semoga Allah swt terima taubat PC.

Besar harapan melangit permohonan. Bukan cuma taubat PC yang PC harapkan Allah swt terima, sebaliknya taubat kedua ibu bapa PC, suami juga. Semua insan-insan yang PC sayang, hormati, hargai semoga setiap permohonan taubat mereka Allah swt terima dengan mudah dan tidak terhijab. Tidak sangkut di mana-mana. Tidak ada penolakkan dan tidak ada persoalan.

Menghapus dosa tak mudah kita salah tulis, salah padam tak pun guna liquit papper. Atau tak sesenang kita backspace bila tersilap menaip. Atau tak seringan kita delete apa yang kita tidak mahu. Itu kalau kita yang buat. Sesuatu di bawah urusan dan apa yang kita kerjakan. Berurusan dengan hukum dan Allah swt ini lain babnya. Berbeza kisahnya. Ada jalan ceritanya tersendiri. 

Nanti di akhirat. Di Padang Mahsyar semuanya ada jawapan walau berjuta alasan kita berikan saat itu. TAKUT. Kalau di dunia boleh lagi selekoh sana selekoh sini. Berbelit sana berbelit sini. Di SANA kelak tak boleh dah. Ngilu rasa hati bila ada rasa takut begini. Bertaubat itu urusan dan usaha kita. Mahu terima taubat atau tidak itu urusan Allah swt. Sangat betul. Tapi sebagai manusia kita perlu juga kemaskini apa yang sepatutnya. Semoga Ramadan yang masih berbaki ada sinar untuk segenap permohonan taubat kita dipandang dan diterima olehNYA. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
Besar Harapan Melangit Permohonan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. yang penting bertaubat kerana Allah sentiasa memaafkan hambaNya.

    BalasPadam
  2. Allah rahim n rahmam mohon saja sebanyak-banyaknya akan makbulinsyaaAllah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama