بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MENJAGA MERAWAT MENGUBAH. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Mengubati itu antara cara berusaha. Kalau dikatakan semua orang boleh berusaha itu betul, bezanya adalah adakah semua orang mahu berusaha.
Menjaga mudah sangat-sangat. Tapi rajin tak nak menjaga tu lebih-lebih lagi dalam hal kesihatan dan sebagainya. Begitu juga merawat. Menjaga dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati atau merawat. Betul sangat-sangat juga. Namun boleh tak sesuatu itu tetap terjadi walau sudah dijaga atau dicegah sebaik-baiknya. Tidak mustahil ianya tetap sahaja boleh terjadi. Bila Allah SWT MAHU.
RAMADAN menjadi madrasah walaupun cuma sebulan. Namun boleh sahaja adakan kelas tambahan iaitu puasa sunat selepas bulan Ramadan kan. Maksudnya apa yang dilakukan ketika bulan Ramadan, lakukan seterusnya dihari-hari seterusnya terutama ketika berpuasa sunat. Ketika berpuasa ambil dan gunakan kesempatan yang ada untuk mengubah. Ubah pola makan, ubah sikap, ubah rutin dan sebagainya. Bagi PC, bulan Ramadan seperti satu acuan besar dan banyak peringatannya. Memang susah nak menjaga, merawat atau mengubah suatu hal yang sudah terbiasa, tapi kalau nak sesuatu yang lebih baik mengapa tidak. InshaAllah kita boleh.
Sekian.
Tinta PC
Menjaga Merawat Mengubah
Tags:
Santai
abam kie diduga pada Ramadhan kali ini apabila dijangkiti Covid19. Mujur dah keluar wad n kini sdg berehat d rumah.
BalasPadamAllahuakbar. Semoga segera pulih kesihatan Cikgu AK ya.
Padambtul tu..mencegah lebih baik
BalasPadamMencegah lebih baik dari mengubati kan...
BalasPadamBetul setuju dengan apa yang dikata mencegah lebih baik dari mengubati..
BalasPadamRamadan pun dah penhujung... T_T
BalasPadam