Header Ads

Bukan Puasakan Keseluruhannya Juga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BUKAN PUASAKAN KESELURUHANNYA JUGA. Menahan lapar dan dahaga serta menahan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Puasa. Menahan. Mengawal. Melarang diri. Namun dalam bulan Ramadan tersangat banyak perbuatan baik yang boleh dan digalakkan untuk dilakukan. Ya,puasa namun tidak bererti serba serbi semuanya dipuasakan. Jangan tak solat. Jangan berhenti sedekah. Jangan makin ke laut semangat membaca Al-Quran.Jangan puasakan apa yang tidak perlu pun dipuasakan. 

Letih puasa di bulan Ramadan itu lain auranya.Letih yang mewah nikmat dan melimpah pahala pada setiap kebaikkan yang dilakukan. Walau tidur seketika. Allahu. Cuma betkesan atau tidak Madrasah Ramadan kepada kita setelah tamat Ramadan nanti cuma berbalik pada diri masing-masing juga. Mahu Kekalkan atau cuma sekadar Ramadan sahaja. 

Ingat ya, ada yang mesti dipuasakan. Ada yang jangan dipuasakan sebaliknya digandakan atau digiatkan melakukannya. 

Sekian 
Tinta PC
Bukan Puasakan Keseluruhannya Juga 

Semua menjadi indah pada waktunya 


logoblog

5 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..