SELALU UNGKAPKAN DENGAN PERBUATAN DAN UCAPKAN DENGAN KATA-KATA. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Masa tidak akan pernah menanti kita. Kita tak boleh pun menghentikan waktu. Kalau jarum jam berhenti itu bererti baterinya habis tak pun jam tu rosak. Tapi kalau kita nak hentikan waktu memang tidak boleh. Kita yang kena bijak mengisi waktu dan mengurus waktu dengan sebaik-baiknya setiap hari.
Kalau ada yang menganggap tidur, bersembang, makan-makan dan duduk santai itu membazir atau membuang waktu yang ada, itu silap kerana kita perlukan waktu untuk diri sendiri beristirehat dan terpisah seketika dengan rutin harian. Syaratnya tidak keterlaluan. Ala kadar sahaja. Seperlunya sahaja.
Setiap kita ada garis waktu masing-masing. Yang telah Allah swt tetapkan. Dah disetkan pun bahagian kita seberapa. Tidak lebih tidak kurang. Selayaknya dariNYA untuk kita hamba-hambaNYA. Garis waktu dan usia itu selari. Seberapa usia kita segitulah garis waktu yang diizinNYA untuk kita nikmati di dunia ini. Yang boleh kita usahakan adalah pembahagian waktu mengikut kehendak dan keperluan kita seharian. Mungkin lebihkan waktu mengemas rumah contohnya. Kurangkan waktu menonton televisyen. Begitulah seterus dan selainnya.
Sementara dipinjamkan waktu.
Selalu ungkapkan dengan perbuatan dan ucapkan dengan kata-kata. Malu, tak biasa, tak selesa, rasa pelik, malas, dan bermacam lagi rasa yang timbul bila mahu ungkapkan sesuatu dengan perbuatan dan kata-kata. Ada yang sudah sangat terbiasa. Ada yang sangat tidak biasa. Ada yang beranggapan tidak perlu. Atau mungkin berandaian faham-faham sendirilah tak perlu nak ucap dengan kata-kata atau ungkap dengan perbuatan. Masalahnya adakah ini semua perlu.
Perlu pada masa dan tempat yang tepat. Tidak perlu juga secara terlalu terbuka dan berlebihan. Selalulah tunjukkan rasa menghargai dengan ibu bapa, pasangan, adik beradik dan kawan-kawan mengikut kesesuaian. Memberi sesuatu itu sekadar sampingan dan bonus namun ungkapan dengan kata-kata itu yang sering dinantikan terutama oleh ibu bapa dan pasangan baik suami kepada isteri atau isteri kepada suami. Mudahkan namun tidak semua mahu dan rajin melakukannya. Sedangkan semua ini perlu dan akan terputus bila tiba waktunya.
Aidilfitri kian mendekat. Sangat dekat. Mungkin ini boleh dijadikan satu permulaan perbicaraan untuk kemudian diteruskan pada hari-hari mendatang.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Selalu Ungkapkan Dengan Perbuatan Dan Ucapkan Dengan Kata-kata
Tags:
Santai
selagi ada waktu nyatakan kebaikan agar tiada sesalan
BalasPadaminsyaAllah...
BalasPadambetul, tak perlu terbuka
BalasPadam