Header Ads

Puasa Enam Dan Syawal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

PUASA ENAM DAN SYAWAL. Setahun cuma enam hari. Cuma di bulan Syawal. Mampu dan mahu mengapa tidak menunaikannyakan.  Mampu tapi tidak mahu tidak salah dan tak boleh dipaksa-paksa juga. Hukumnya pun sunat. Buat dapat tak buat tak apa,  tak dosa. 

Wek wek ko tak puasa enam..aku puasa enam..wek wek.. jangan berperangai sedemikian rupa ya. Risau yang ko dapat lapar dengan haus je. Pahala ko sukarela masuk dalam akaun orang yang ko wek wek tu. Ingat.

Ada orang puasa berturut-turut dari bulan Rejab,  Syaaban berhenti sehari dan kemudian seterusnya Ramadan. Sambung lagi enam hari selepas 1 Syawal. Allahu. Mahu dengan tidak sahaja. Asal kesihatan mengizinkan. Tidak juga hujungnya memudharatkan, silakan kerana Allah ya. Puasa sunat itu tidak memberatkan juga. Jadi jangan diri sendiri beratkan.

Selagi berada dibulan Syawal, awal,  pertengahan atau hujung terserah asalkan cukup enam hari. Berterusan, selang seli itu pun terpulanglah. Ingat,  buat kerana Allah SWT. Bukan berlumba atau kerana mulut orang yang lemak berkrim bila bercakap. Jangan dirungsingkan kata-kata orang,  kerana yang wajib itu puasa Ramadan. Tak gitu.

Puasa enam dan Syawal


Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Puasa Enam Dan Syawal


logoblog

4 ulasan:

  1. insyallah mula dua tiga hari lagi..
    mudah2an dapat habiskan.. mmg cabaran puasa 6 ni kemain godaannye hehe..

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya pc
    Maaf zahir batin dari ciksu

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..