Alasan Boleh DiciptaTapi Kesan Tidak Mampu Berbohong

ALASAN BOLEH DICIPTA TAPI KESAN TIDAK MAMPU BERBOHONGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Alasan memang sebenar-benarnya alasan yang tulus dan jernih. Alasan yang dicipta atas dasar mahu menghalalkan cara. Ada dua situasikan. Yang mana satu. Kedua-duanya Allah swt tahu. Luar dalam. Atas bawah. Kanan kiri.

Diam tak diam dah lima Syawal. Allahu. Alhamdulillah. Mungkin sudah ada yang kembali bertugas seperti biasa. Atau mungkin work from home sahaja buat sementara sehingga satu masa yang ditetapkan oleh majikan. Standard Operating Procedure [SOP] atau nak mudah faham prosedur operasi standard. Di mana pun kita sedang berada sekarang SOP terpakai dan berkuatkuasa untuk semua. Tidak ada yang berkecuali, kecuali atas alasan yang kukuh. Rasanya arahan ini sangat mudah difahami dan dihadam kerana anak-anak jiran PC pun tahu patuh SOP. Kalau anak kecil ingat untuk jaga jarak ketika bermain dan bertemu kawannya mengapa yang dewasa seolah-olah maklumat dan arahan yang diterima macam mencurah air atas permukaan daun keladi. Tiada kesan. Tidak semua tapi ada.

Alasan boleh dicipta tapi kesan tidak mampu berbohong. Ibaratnya selekoh la macam mana, gorenglah apa sekalipun sampai hangus, akibatnya tetap tidak berbohong dan tidak berubah. Kerana suatu keputusan atau hasil itu berdasarkan dari awal permulaan apa yang dilakukan. betul awal baik hasilnya. Tidak betul awal kurang baik hasilnya kecuali dipertengahannya ada perubahan yang terjadi.

Banyak kawasan diisytihar menjadi zon merah. Ingatkan sudah. Amaran sudah. Tindakkan undang-undang pun sudah. Taka ada rasa kasihan ke kepada orang yang bersungguh-sungguh patuh SOP. Tak ada rasa kemanusiaan walau sedikit ke. Awak peluk cium, cium tangan ibu ayah awak, kami pun nak juga peluk cium, cium tangan ibu ayah kami. Awak bertepuk tampar makan sama-sama adik beradik, kami pun rindu akan hal begitu bersama-sama adik beradik kami juga. mata kami melihat. Telinga kami mendengar. Jangan risaulah hati kami tak terluka langsung. Kamikan robot. Kamikan orang-orang tengah sawah padi. Tak apalah. Terima kasih ya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Alasan Boleh DiciptaTapi Kesan Tidak Mampu Berbohong

2 comments:

  1. berhati-hatilah menghadapi situasi kini sikit saja silap berat akibatnya

    ReplyDelete
  2. sebab tu lebih baik berterus terang...

    risau plak sy dgr selangor bakal kena pkp menyeluruh selama 25 hari...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.