Abi Dengan Ummi Bila Je Nak Balik kampung

ABI DENGAN UMMI BILA JE NAK BALIK KAMPUNG TU.بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Santai dan ringan sahaja diluahkan sambil sengeh-sengeh nampak gigi kapak yang baru separuh tumbuhnya tu. Mudahnya sekarang tak puas cakap kat telefon cuma dengar suara, dipaksa bapaknya buat panggilan video pulak. Haaaaa, amik ko. mak dengan bapaknya cuma tukang pegang telefon, anaknya bergilir cakap dengan abi dan umminya *en suami dan PC*. Siapa sound lagi, papa mama pegang telepon betul-betul ni kakak dengan adik kan tengah sembang dengan abi dengan ummi. Kah...

Abi dengan ummi balik la kampung rumah nenek dengan atok, kita rindu ni, dah tak rindu kita ke, tak ingat kita ke, taknak bawa kita jalan-jalan ke..*sebak gila rasa*. Kalau la boleh dijelaskan dengan paling ringkas dan mudah, tak pun kalaulah ada ilmu ghaib, setiap hari abi dengan ummi ni ulang alik balik kampung wahai anak. Betapa sakitnya memendam dan menanggung rasa rindu ni cuma Allah swt sahaja yang tahu. 

Ya nanti abi ummi balik ok..hahahaha, cakap je tapi kakak dengan adik tunggu tak balik-balik pun. Tak ada pun kereta abi kat rumah nenek. Buntu. Beban bertambah berat. Rasa tak mampu bendung air mata. Bila macam ni berharap an berdoa sangat mereka cepat-cepat nak tamatkan perbualan. Sebab nanti seterusnya mereka suruh papa dengan mamanya telepon ucu nya pulak. Kikikikiki.

Lama sangat tak balik kampung ni. Alah macam la PC sorang yang dah lama tak balik kampung. Alah tak matilah kalau tak balik kampung, bila dengan ada orang cakap macam ni rasa macam nak jirus air cili je kat muka dia. Ko tau ke ajal orang. Astarghfirullah. 

Sama-sama kita sabar dan patuh arahan yang kadang kelabu sahaja warnanya. Tapi tidak mengapalah. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Abi Dengan Ummi Bila Je Nak Balik kampung 

3 comments:

  1. Terus tabah ye pc dan suami.
    Shida pun rindu nk balik kg..
    Rindu nak berkumpul jumpa dgn adik beradik yg lain..rindu sgt!

    ReplyDelete
  2. selamat berhujungminggu sambil merindu

    ReplyDelete
  3. Sabar dan tabah ya PC. Kita semua rindu nak balik kampung. Moga keadaan covid ni cepat reda...

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.