Rebah Angkara Lisan Manusia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

REBAH ANGKARA LISAN MANUSIA


Berlisanlah 
Tidak pernah salah jika berlisan
Saya
Awak
Kita
Mereka
Kita semua Tuhan izin berlisan
Berlisan didengari
Berlisan sekadar disudut hati


Semua Tuhan izin
Tapi kita hamba perlu bijak memilih
Ada akal
Ada iman
Ada ilmu
Letakkan garisan
Tebalkan sempadan
Ingatkan diri sendiri
Berlisan itu tidak wajar sembarangan
Ya memang boleh
Namun nanti akhlakmu tercemar


Ramai yang rebah angkara lisan-lisan manusia
Rebah menyembah bumi
Terkadang hingga tidak sanggup mendongak lagi
Adakala tidak mampu bangkit lagi sendiri
Tidak kurang mengakhiri nyawa sendiri


Pedang itu tajam
Duri-duri itu berbisa
Lebih tajam dan berbisa lisan manusia


Kalau boleh bangkit kerana lisan manusia
Jadikanlah satu laluan untuk berjalan kemudian berlari
Andai rebah angkara lisan manusia
Secepatnya hindari
cuma kita dan Tuhan yang tahu
Mampu menanggung sekadar apa

Sekian
Tinta PC
Rebah Angkara Lisan Manusia 



5 comments:

  1. erm... betul tu adakala lisan yg tajam ms kita kecik pun boleh ingat lg...

    ReplyDelete
  2. Betul. Lidah manusia lebih tajam daripada mata pedang.

    ReplyDelete
  3. Lidah manusia ni sangat tajam. Maka berhati-hatilah ketika berbicara.

    ReplyDelete
  4. sgt terkesan dgn lisan yg tak dijaga..boleh smpai bila2 diingati huhuu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.