Panas Siang Hari Bahangnya Bawa Ke Malam

PANAS SIANG HARI BAHANGNYA BAWA KE MALAMبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Syukur atas segenap nikmat. Alhamdulillah. Dalam situasi PKP. Lockdown. Mudah-mudahan berdampak baik kepada semua secara keseluruhannyalah. Aamiin.

Panas terik. Mendung, gelap ada guruh tapi tidak hujan. Nasib baik air ditempayan tidak dicurahkan. Ada tempayan ke. Ada tapi kat kampunglah. Perumpamaan sahaja kalau situasi sekarang yang PC katakan. Dah beberapa hari ni gelap mendung lain macam. Guruh kuat, tapi Allah swt kata belum masanya lagi untuk hujan turun makan tidaklah hujan turun.

Bahangnya memang bawa ke malam. Tak boleh dinafikan akan hal ini. lagi kalau rumah batu. jauh beza dengan rumah papan atau kayu ni, kadar serap habanya sangat kurang. Tu yang bila balik kampung walau siang panas terik tapi malam tetap berselimut macam pulut panggang.

Ada sesetengah negeri dan tempat hujan setiap hari, tak pagi malam, tak malam siang hari hujan. Alhamdulillah. Allah eri rasa nyaman sejuk dan Allah beri juga rasa panas membahang. Berada dalam kedua-dua situasi sesiapa pun, di mana pun mesti tetap syukur dan terus siaga menjaga diri masing-masing ya. Jaga segenap sudutlah. Bukan cuma jaga pemakanan, hindari pergaulan beramai-ramai, paling penting terus jaga hubungan dengan DIA. 

Rasa tidak selesa kadang mempengaru fikiran dan emosi juga. Jadi, dalam keadaan sekarang, cari solusi terbaik lakukan sesuatu yang ringan dan santai sahaja. Kita semua atau segelintirnya sahaja sedang patuh pada arahan semasa yang dikeluarkan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Panas Siang Hari Bahangnya Bawa Ke Malam

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul PC bahang dia dasyat..semua cari lantai hahaa ^_^

    BalasPadam
  2. Tempayan ada, tapi dalam bilik air. Hehe. Memang panas kan PC. Area rumah saya hujan sikit dan sekejap sangat. Syukurlah kita ada rumah sempurna tempat berlindung.

    BalasPadam
  3. Ya betul. Kat umah ni pon panas pelik betul sekarang ni... Kipas dua tiga duk pasang tak jalan gak..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama