Apa Yang Pertama Dulu Boleh Menjadi Yang Terakhir

APA YANG PERTAMA DULU BOLEH MENJADI YANG TERAKHIR. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Cuma Allah swt pertama dan utama sampai nyawa kita tiada. Hingga alam ini menjadi debuan halus bertebaran. Selain itu, selebihnya, boleh sahaja bersilih ganti kedudukannya. Keadaannya. Boleh berubah-ubah juga. Lebih-lebih lagi penilaian daripada hati dan sudut pandang manusia sesama manusia dan selainnya.

Suatu ketika hati akan lelah dengan kecantikkan wajah semata-mata. Pada saat itu apa yang paling penting dan utama yang dicari dan diharapkan adalah kecantikkan hati yang sukar dicari dan diganti. Kecantikkan hati yang boleh menambahbaik kekurangan yang dirasakan ada pada segenap sisi yang dirasai pada diri manusiawi. Siapa pun itu. orang kepada kita. Kita kepada orang orang lainnya juga.

Tidak pernah berguna dengan segenap harta benda yang dimiliki andai jiwa berasa kosong. Tidak dimungkiri akan tiba satu detik di mana titik yang benar-benar dicari adalah rasa kebahagiaan dan penuhnya hati dengan kedamaian biarpun kehidupan itu cukup sekadar berada dalam kesederhanaan.

Mungkin saat ini kita berada pada kedudukan yang paling teratas dalam carta organisasi dalam lapangan kerja dan kerjaya. Kejayaan demi kejayaan kita tempa dan cipta. Kita raih dan nikmati, sesekali ambil kisah apa yang bakal terjadi suatu saat nanti kerana boleh jadi kita berada pada sususnan terbawah sekali atau mungkin tersisih keluar tidak dicarta lagi.

Mengelak atau menghindari memang boleh dilakukan. Sangat boleh tinggal pilih sahaja caranya seperti apa. Mahu terus kekal menjadi yang terbaik. Tertinggi. Teratas kedudukkan. Boleh tapi ada syarat dan pengerasnya. Selagi boleh hidup dengan kerendahan hati, selagi mampu menjadi yang cukup biasa-biasa dalam situasi luar biasa, selagi berjaya mengawal serakahnya nafsu cinta dunia inshaAllah boleh.

Cuma,

Satu, kembali sebagaimana yang agama ajarkan kepada kita. Semuanya menjadi mudah dan lancar serta baik-baik sahaja.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Apa yang Pertama Dulu Boleh Menjadi Yang Terakhir 

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kuncinya adalah bersederhana. Apa-apa pun kita buat, niat untuk dapat keredhaan Allah

    BalasPadam
  2. Yang pertama itu ujian buat kita

    BalasPadam
  3. hidup seadanya dgn reda tiada masalah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama