Header Ads

Babah Mama TERPAKSA Keringkan Hati

BABAH MAMA TERPAKSA KERINGKAN HATIبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Boleh balik kampung ke, macam sekarang PKP ni tak boleh merentas daerah dan negeri ke, PC tetap je ingatkan diri sekerap yang boleh telefon kampung. Sembang dengan babah dengan mama. Sekarang dah musimnya buah-buahan masak dan boleh mula dituai. Kalau durian dah mula gugur. Pulasan, rambutan pun dah mula masak, ada juga yang dah lepas musim. Kuini juga baru lepas musim. Biasalah bila ada musim buaha-buahan mak bapak mana yang tak ingat anak-anaknya kan bila makan, bila ada buaha-buahan. Tidak setiap musim anak-anak boleh balik dan nikmati rezeki hasil tanaman mak bapaknya termasuklah PC dan en suami.

Nak kata banyak macam berdusun tu tidaklah tapi kalau nak makan adalah sepokok dua jenis buah-buahan yang di tanam keliling rumah di kampung. Alhamdulillah. Bila telefon, salah satu pertanyaan PC, ada tak pokok buah-buahanyang berbuah tahun ni atau sekarang ni, baik babah ke mama ke termasuklah mertua PC jawapannya mesti tak berapa menjadilah pokok buah-buahannya. Ditambah dengan adanya babi, tupai, monyet sekali dengan landak kan, memang menjadi cabaran dan pesaiang antara tuan punya hasil dan musuh nyata yang sudah tidak asing lagi. kadang hujan panas berterusan pun potek atau bunga akan gugur.

Tapikan, kalau ada yang lekat dan menjadi sampai cukup matang buah-buahan tu mesti babah mama cuba elak untuk bagitahu PC. Hehehehe. Kadang sebelum ni bila PC balik kampung diam-diam, ada buah-buahan, baharulah babah mama cerita. Kalau tidak macam sekarang ni memang tak boleh rentas negeri, memang jadi rahsia buah apa yang ada dikampung. Nak jadikan cerita, babah mama pergi hantar buah-buahan yang ada tu ke rumah mertua PC, sekali biras PC boleh share dalam whatsapp group kami, haaaaaaaaa maka terbongkarlah rahsia. Kikikiki.

Maka PC pun telefon kampung.

PC : Mama babah kata tak ada pokok yang berbuah, macam ada bau buah durian dah gugur ni..ada tak ya..ada tak ya..macam ada yang hantar  durian sedap kat rumah mak abah (mertua PC) je.

Mama/Babah : (Suara cemas).. haa.. eh.. sapa pulak yang cakap-cakap ni?

PC : haaaaaaa..sorok-sorok lagi..

Mama/Babah : Tak sampai hati nak cakap buah durian ada, rambutan ada, pulasan ada. Tak tergamak. Mama babah makan pun rasa macam tak tertelan ingat anak dengan menantu tak dapat makan cuma dengar cerita je. Kesian. Dengar tapi tak dapat makan mesti nanti terbayang-bayangkan. Memanglah mampu nak beli tapi rasanya tak sama dengan di kampung. Suasananya. Perasaannya. 

Babah mama sedia maklum kami hantu buah-buahan. Tu yang buat mereka lagi tak sampai hati. Kami tak kecil hati pun. Marah pun tak. Tak anggap ditipu pun. Bukan rezeki. Belum rezekikan. In sya Allah lain musim akan datang panjang umur adalah tu rezeki untuk kami dan kita semua bila balik kampung masing-masing dan menikmati buah-buahan.

Tengah menaip ni pun boleh pulak terbayang buah durian depan rumah kat kampung tu. Sabarlah duhai hati.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Babah Mama TERPAKSA Keringkan Hati



logoblog

7 ulasan:

  1. In shaa Allah kak PC, di musim yang akan datang, kita semua dapat balik ke kampung semula seperti biasa :)

    BalasPadam
  2. Serupalah
    anak2, menantu2, cucu2, adik beradik dan anak2 sedara wak juga tak dapat balik ke kampung semasa musim buah-buahan ni.

    BalasPadam
  3. Mesti mak ayah kak PC pun tak berapa lalu nak makan pun sebenarnya.. teringat anak cucu :)

    BalasPadam
  4. sabarlah PC tmt pkbboleh berlari ke kampung

    BalasPadam
  5. iye...mentua sy gigih ke pejabat pos mengepos pelam depan rumah yang dah berbuah sebab suami saya yg tanam. tak tertelan kalau anak cucunya tak makan sama

    BalasPadam
  6. minta abah n mama poskan aje. takut kempunan x sudah je...

    BalasPadam
  7. hahahaa.... sabar ja la kan

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..