Ikut Buku Dan Lurus Pembaris

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

IKUT BUKU DAN LURUS PEMBARIS. Ada hukum yang berat menjadi ringan mengikut kesesuaian dan keperluan keadaan semasa. Kerana Islam itu memudahkan. Jadi kita manusia ini, hambaNYA jangan pandai-pandai nak menyusahkan dan  sesuka hati mahu memberatkan. Baik-baik orang suka dengan agama kita nanti jadi takut pulak angkara orang yang pandai dan suka memandai-mandai.

Ikut buku dan lurus pembaris itu betul dan bagus. Ikut fakta mana tak bagusnya. Haruslah bagus namun adakala kena gunakan empati dan rasa keanusiaan kalau ianya tidak memberi kesan buruk mengapa tidak. Berlebih kurang atau bertolak ansur. Tidak salah pun sebenarnya. kalau awak sungguh-sungguh ikut buku dan selurus pembaris hanya terpakai pada orang lain tapi diri sendiri tidak praktikkan pun salah jugakan. Dosa juga. Ingat tu.

Setara atau selaraskan kalau mahu benar-benar ikut buku dan lurus pembaris. Jangan pilih-pilih. jangan ada istimewa sana dan sini tidak istimewa kau dan mereka yang lain pula.

Sekian.
Tinta PC
Ikut Buku Dan Lurus Pembaris 


2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama