Header Ads

Bila Yang Diam Mula Bersuara Yang Patuh Mula Bangkit Menentang

BILA YANG DIAM MULA BERSUARA YANG PATUH MULA BANGKIT MENENTANGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sejinak-jinak haiwan liar. Walaupun berjaya dijinakkan dengan sebaik-baiknya bila rasa terancam atau sengaja diancam tidak mustahil tuannya tetap dianggap mangsa yang paling sangat tepat. Jadi jangan terkejut. 

Begitu juga dengan kita. Sesiapa pun itu. Benarlah sabar itu tiada sempadannya kerana dalam apa pun situasi kena sabar. Sabar ada kaitannya dengan iman kita. Namun satu hal yang PC sendiri rasai adalah kemampuan kita untuk bersabar itu ada batasnya. Sebab itulah ada yang diam sudah mula bersuara. Ada yang sangat patuh sudah mula bangkit menentang. Boleh jadi sabarnya kian menipis. Boleh jadi juga pelbagai rasa yang tidak terluah dan terpaksa dibendung selama ini kian membuak untuk dimuntahkan dengan bermacam espresi.

Sukar untuk menelaah hati dan fikiran orang kerana lisan boleh bertukar dan boleh diselindungi. Walau kadang hati berasa lain, tetap boleh ditutupi dengan lisan yang cuba mencantikkan apa yang sedang dirasai hati sendiri. Tapi, percayalah semua warna asli akan terlihat dan keluar bila manusia selalu ditekan dan tertekan. Bila sentiasa merasa tidak terbela dan tidak dihargai. 

Bila semua saling menghargai dan menjaga, in syaa Allah semua akan baik-baik sahaja, kalau tidak semua pun barangkali yang bersuara dan mula bangkit itu cuma segelintir yang sedikit dan kecil sahaja. Nemun sekiranya yang mula bersuara dan bangkit menampakkan diri itu dalam jumlah yangramai, maka berhati-hatilah. 

Semut itu memang kecil. Bukan apa sangatlah pada pandangan kita, tapi sekumpulan semut tidak mustahil boleh mematikan dengan gigitannya bila Tuhan izin. Begitu jugalah bahayanya bila menganggu harimau yang sedang tidur.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bila Yang Diam Mula Bersuara Yang Patuh Mula Bangkit Menentang

4 comments:

  1. betul..bila sabar tu suda sampai limit memang akan bersuara juga

    ReplyDelete
  2. sabar ada batasnya namun sabar itu iman kan

    ReplyDelete
  3. dengan izin Allah, segalanya mungkin

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..