Header Ads

Kenapa Perkara Baik Pun AdaYang Tidak Suka

KENAPA PERKARA BAIK PUN ADA YANG TIDAK SUKAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Sekarang ni, perkara baik atau buruk kedua-duanya seperti seimbang. Perkara buruk ada yang suka dan ada yang tidak suka. Macam itu jugalah dengan perkara yang baik, ada yang suka dan tetap juga ada yang tidak suka. macam aneh tapi kalau tengok situasi sekarang hal ini semakin menjadi-jadi dan serius.

Perkara buruk yang tidak sepatutnya disukai, tetapi disukai malah kadang tu sangat-sangat disukai. Apa yang diharapakan adalah perkara baik perlu disukai dan disokong, eh lain pula jadinyakan. Lebih ramai yang tidak menyukai. Akhir zaman. Kekeliruan sana sini situ. Pening dengan banyak situasi luar jangka dan risau dengan situasi masa akan datang juga.

Kenapa perkara baik pun ada yang tidak suka. Ada yang menolak dan menentang. Ada yang menjadikan orang yang buat baik itu musuh. Betapa anehnya manusia. Sedangkan sudah tahu bahawa banyakkanlah berbuat kebaikkan kerana ianya menjadi dan menambah saham kebaikkan di akhirat kelak. Mungkin tahu. Mungkin tidak tahu. Mungkin tahu tapi terlupa. 

Orang lain susah nak ubah kita. Kalau kita boleh berubah kerana orang lain pun mungkin cuma dalam peratus yang kecil, kerana nak berubah itu berbalik pada mahunya daripada diri sendiri. ''Aku nak berubah dan aku perlu berubah''. Hati masing-masing dan diri masing-masing yang buat keputusan. Jangan salahkan Allah swt belum beri hidayah kepada kita, tanya pada diri sendiri, ''ada tak usaha aku mencari hidayah Allah swt''.

Lingkungan. Sangat penting pengaruh lingkungan. Lingkunga positif, in syaa Allah positif lah bawaan diri kita. Lingkungan negatif, lebih negatiflah diri kita jadinya kecuali kita menjarakkan diri dan mengasingkan diri daripada lingkungan negatif pergi mencari lingkungan yang lebih baik. Selamat. Bila kita tidak suka pada hal baik, tapi sentiasa ada yang tegur dan nasihati walau mungkin macam curah air atas daun keladi, lama kelamaan jadi kerak nasi direndam air juga.

Prinsip dan berasa diri selalu benar maka perkara baik apa pun itu baginya salah dan tidak berguna. Setiap kita ada prinsip. Ada dasar yang dipegang dengan baik dan teguh namun begitu, benar dan baik pada pendapat kita tidak bererti boleh disalahkan pandangannya orang. Dan bila kita tidak bersetuju dengan baiknya orang lakukan, tidak mesti juga tidak suka akan hal baik tersebut lalu memaksa orang untuk bersetuju dengan kita.

Tingginya ilmu dan cemerlangnya dalam pencapaian akademik itu belum tentu akan selalu tinggi dan bijak mencerna apa yang disampaikan oleh orang lain tidak kira siapa pun. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kenapa Perkara Baik Pun AdaYang Tidak Suka

logoblog

3 ulasan:

  1. tulah kadang terfikir juga kenapa perkara baik pun ada yang tak suka

    BalasPadam
  2. berbeza fahaman menyukarkan persamaan

    BalasPadam
  3. Susah bila berbeza fahaman tambah pada perkara yang baik..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..