Header Ads

Minta Izin Dulu Sebelum Marah Biar Betul

MINTA IZIN DULU SEBELUM MARAH BIAR BETULبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Lain padang lain belalang lain orang lain cara dia lakukan. Satu sifat atau perangai PC yang PC sendiri kadang rasa macam aneh dan macam tak best adalah, bila PC nak marah mesti PC minta izin dulu dengan en suami dan babah. PC tak cakap dengan mama sebab mama biasanya ikut je cara dan pendapat babah. Ada orang, apa-apa hal buat dulu dah buat baru minta maaf. janji puas hati sendiri. Macam PC kalau kira geram memang sangat geram kuasa seribu. kalau kata nak maki hamun dan tumbuk rasa tu memang ada. Tapi ada banyak hal yang selalu dalam pertimbangan PC.

PC pun manusia biasa. Pandai nak marah. Pandai nak berkecil hati juga apatah lagi jauh hati dan rasa rendah diri. Sedih tu jangan cakap. Kadang bila orang buat kita, kita masih lagi boleh pekakkan telinga. Bekukan hati. Tapi bila orang buat mak bapak kita atau suami kita, adik beradik kita, rasa lain macam tu timbul dan berganda. Lain orang lain caranya. kadang caraorang yang tak ngam dengan kita dan macam tidak sama-sama itu yang buat PC naik marah. Ha, biasanya PC akan cakap dengan babah, ''babah, Jua rasa tak puas hati, Jua memang betul-betul ada rasa marah, boleh tak Jua cakap elok-elok. Tapi rasa nak marah yang paling tinggi ni''. 

Meredam rasa marah dan tidak puas hati. Selagi boleh toleransi PC akan lakukan itu. Mana boleh tahan diri PC tahankan je. Babah dan en suami selalu meredam rasa yang PC rasai. Dan diri sendiri pun berfikir banyak kali. Hari ini aku marah berbaloi ke, memang boleh minta maaf tapi rasa tak sedap tu ada dan ibaratnya kalau luka ada parutnya. 

Dengan keluarga tak kisahlah adik beradik ke, pakcik makcik ke, dengan siapa pun kalau boleh elak marah-marah atau tunjuk rasa tak puas hati, elakkanlah. Memang sabar tu sakit kadang rasa macam diri sendiri je yang terzalimi orang lain, orang lain boleh pijak-pijak-pijak kita, tapi yakin lambat ke cepat ke baik tetap dapat baik, buruk tetap dapat buruk. Nanti masanya ada untuk orang-orang rasai. Babah tak sukalah gaduh-gaduh. Nanti mati kita minta tolong orang jugakan. Inilah selalu yang babah terapkan. Ini juga yang jadi pedoman PC bila ada rasa nak marah dengan orang. Hujungnya bila rasa itu tidak lepas, PC tumpahkan jadi air mata ketika solat dan berdoa.

Pengajaran dan hukuman daripada Allah swt lebih berganda pedihnya. Sesiapa pun tidak kira siapa awak. Selalu percaya, kalau kita rasa puas hati dapat membalas, lepaskan geram dan marah-marah kepada orang yang menyakiti kita atau keluarga kita, sebenarnya itu cuma biasa-biasa sahaja. Sedangkan Allah swt ada caranya yang tersendiri mengurus akan hal begitu dengan lebih baik dan lebih hebat. Hujungnya kita akan sama-sama mati. Dengan cara dan waktu masing-masing. Kalau yang ditinggalakn dan diwariskan rasa dendam sahamnya kita dapat. Kalau yang diwariskan rasa toleransi dan berkasih sayang ya, sahamnya juga terus mengalir hasil didikan yang baik.

Perhati. Diam. Jarakkan diri. Kau akan rasai sakitnya lebih berganda. Yang tak makan cili pun rasa pedasnya. Yang tak makan nangka pun terasa lekit getahnya. Hati kita bagaimana terhadap orang.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Minta Izin Dulu Sebelum Marah Biar Betul
logoblog

2 ulasan:

  1. MARAH SELALU SIMPAN JA DLM HATI

    BalasPadam
  2. Tak tahu apakah situasi sebenar yang PC alami apa yang Mrs. A boleh cakap sabarlah ya selagi boleh sabar. Allah maha adil. PC masih beruntung ada tempat untuk berkongsi dan luah rasa dengan husband dan babah.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..