Header Ads

Sedapnya Kuih Raya Bila

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEDAPNYA KUIH RAYA BILA.  Hari raya mesti ada kuih raya walau sekarang orang buat,  jual dan makan kuih raya sepanjang tahun. Tapi aura dia lain. Bukan raya kita je, setiap jenis sambutan perayaan tak kira bangsa, budaya dan agama masing-masing ada kuih raya tersendiri. 

Setiap kita ada kuih raya kegemaran. Tak semestinya biskut raya yang mahal dan canggih manggih *ada ke perkataan ni* kalau suka kuih-muih tradisional pun apa salahnya, tak gitu. Jangan pulak bila orang kurang suka kuih raya terkini yang moden awak perli dan kutuk. Tak baik cakap orang kuno dan tak up-to-date. Aduhai perangai. 

Sedap tak sedap kuih raya ni atas citarasa orang tu sendiri. Mahal murah tu jatuh nombor dua. Ikut tekak. PC pulak rasa kuih raya ni lagi sedap lain macam bila habis je puasa enam dan dah habis raya. Dah tinggal serdak atau habuk-habuk tu ha. Yang hancur tu yang syok.  Sampai tonggeng-tonggeng telap atau bekas kuih. Tak bagi peluang kulat tumbuh. Lain macam feel nya. Orang selalu cakap,  banyak tak sedap,  bila tinggal sikit biasanya tu yang sedap dan hari-hari rebutan. Ada betulnya juga. Parah betullah. Mungkin masa hari raya badan letih, mood nak makan agak kurang. Tengok je. Tenung je. Hehe. 

Tak kisahlah,  mana-mana pun boleh. Asalkan berpada. Nak tonggeng terpaksa ke cepu kuih Kat rumah sendiri, jangan buat kat rumah orang, tujuh keturunan disebut-sebut jadi cerita ngeri. 

Sekian
Tinta PC
Sedapnya Kuih Raya Bila

logoblog

6 ulasan:

  1. Kuih raya ni rase sedap bila dh last2 nk raya baru trcari2 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi dah tinggal habuk-habuk lagi sedap.

      Padam
  2. biasa mmg gtu..bila dh nk ujung2 raya br cr biskut raya...sbb time raya mcm2 menu lain kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat. Tu yang kadang boleh cari lagi kuih raya. Tapi sekarang agak susah sebab PKP.

      Padam
  3. Betul kak PC, hujung hujung raya tuuu baru teringin nak makan kuih rayaaa, kalau yang tinggal habuk habuk tu pulun ambik makan jugakk hahaha

    BalasPadam
  4. kita plak suka kuih raya yg berasakan coklat hahaha..
    klu butter kosong je kita kurang gemor sket..
    tapi tahun ni mcm termakan byk kuih sugi plak hahaha

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..