Pakai Tudung Cantik-cantik Nak Pergi Mana Tu

PAKAI TUDUNG CANTIK-CANTIK NAK PERGI MANA TUبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Menutup aurat. Melindungi aurat. Menjaga aurat. Apa sahajalah yang sesuai. Bab aurat ni memang telah ada hukumya dan telah diwajibkan. Lelaki dan perempuan ada batas aurat masing-masing  yang mesti dijaga. Namun begitu kita ini manusia, PC sendiri pun jujurnya terkadang melonggarkan pada diri sendiri tetang aurat ini sedangkan hukum sudah jelas menetapkan dan memberatkan sekian, sekian dan sekian. Sedikit demi sedikit tapi pasti PC berusaha perbetulakn diri dan berubah menjadi lebih baik. Doakan tau.

''Umi selalu pakai tudung kalau ada papa, ayah dengan ucu je. Tapi sekarang ummi pakai tudung cantik-cantik nak pergi mana tu, kan semua tak ada, yang ada kakak, adik, ibu,mama dengan nenek''.

Bila sel-sel otak sedang berhubung. Mentolnya aktif menyala. Asal pakai tudung nak jalan-jalan. Asal pakai tudung nak pergi shopping difikirannya. Ya Allah. Anak-anak. Sanggup nangis jerit-jerit si adik dari dalam tandas yang tengan berak tu dengar kakaknya cakap ummi dah pakai tudung cantik-cantik. Adiknya takut kena tinggal. Urut dada. 

Pakai tudung bukan sebab nak jalan-jalan je anak. Keluar rumah pun ummi pakai tudung kalau nak sidai pakaian. Nak masak pun ummi pakai tudung juga. Timbul pulak soalan baharu. ''Eh masak pun ummi kena pakai tudung ke, nenek suruh ke''. Aduh. Hahahaha. Sambil main mata tu tetap juga sambil jeling kat dapur, bila umminya keluar pintu buang sampah jerit-jerit lagi, ''kata ummi masak je, tu keluar nak jalan-jalan ke''. Dugaan-dugaan.

Cara Allah ingatkan dan menegur itu sangat halus dan meyakinkan. Tidak sentiasa tapi sudah terulang beberapa kali. Beli makanan dan dalam makanan ada rambut. Ada banyak pendapat bab ada rambut dalam makanan. Ada yang PC dah makan separuh baharu nampak ada rambut. Ada juga yang belum makan langsung dan nampak ada rambut dalam makanan tersebut. Jujur, kalau belum makan, PC terus tak makan. Kalau dah separuh atau dah makan beberapa suap, cukup setakat itu dan PC berhenti. Kalau dah makan, fikir baik sahaja minta Allah lindungi PC.

Pakai Tudung Cantik-cantik Nak Pergi Mana Tu
Gambar Hiasan

PC risau, geli dan tak selesa bila jumpa rambut dalam makanan, jadi PC bayangkan juga orang pun geli bila nak makan ada rambut dalam menu yang PC masak, apatah lagi kalau waktu itu memang PC sendiri yang masak dan sediakan semua menu untuk dimakan bersama-sama. Jelas tak dengan maksud PC. Boleh bayangkan tak. Kalau dah PC yang masak sendiri jelas sangatlah itu rambut PC, jadi daripada pengalaman PC belajar. Tak ada istilah macam alim sangat, macam
good sangat ko masak je pun nak bertudung bagai. Tiada niat PC nak tunjuk baik ke apa. Sungguh. PC pun manusia biasa juga. jauh dari kesempurnaan.

Pakai tudung cantik-cantik nak pergi mana tu ummi..jawapan ummi selalu buat anak-anak rasa macam tak percaya je. Hahahahaha. Satu masa nanti, kamu akan faham juga anak.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Pakai Tudung Cantik-cantik Nak Pergi Mana Tu

7 comments:

  1. Nak masak umi kena pakai serkup je kut. Hihi. Tapi itu lah, anak kecil mmg belum faham lagi.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya seeloknya rambut dibalut la ketika masak hehee..sepesen shida xberapa bkenan kalau terjumpa rambut dlm makanan huhuuu..Selain mnjaga aurat kan..

    ReplyDelete
  3. Sally pulak kalau pakai tudung ibu tanya nak g mana, padahal nak shoot product review je...hahahaha

    ReplyDelete
  4. sama lah dengan mia ni... rambut mudah gugur... mia masak selalu cekak dengan sepit rambut biar tak jatuh rambutnya...

    ReplyDelete
  5. anak2 perhati n cpt ja menegur apa yg pelik kebiasaan dilihat

    ReplyDelete
  6. hehe. anak-anak dah lama tak berjalan tu PC, tu yang excited tengok mak pakai tudung. Saya keje dari rumah memang standby tudung dan cardigan kat sebelah, takut adik JNT datang. Selamat berPDPR ye

    ReplyDelete
  7. KakYa pon lau masak mmg serkup rambut helok2 tak nak ada rambut gugur masuk dalam makanan.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.