Simpanlah Jangan Dibiar Sampai Ke Hujung Kampung

SIMPANLAH JANGAN DIBIAR SAMPAI KE HUJUNG KAMPUNGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Di mana-mana. PKP. Kita jaga kita. Patuhi SOP yang ditetapkan. Pakai penutup mulut. Rajin cuci tangan. Terkini vaksin. Tujuannya adalah sebagai usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan dan penularan virus yang ada disekeliling kita. Sebenarnya bukan cuma rantaian COVID-19 sahaja yang perlu diputuskan supaya keadaan semakin pulih, sebaliknya banyak hal lain juga perlu kita putuskan dan matikan rantaiannya.

Perkhabaran. Lisan. Cerita. Apa pun itu kalau suatu yang kurang baik dan kurang manis untuk disebar, tolong la sangat-sangat ya, jangan disebar. Putuskan rantaiannya. Matikan. Tutup cerita. Kalau perkara baik tak apalah sebar-sebarkan tapi kalau yang sebaliknya tidak perlulah ya. Tolong sangat-sangat. Kalau perkara itu sampai kepada kita, kita ada pilihan mahu terus menyebarkan atau hentikan dan matikan sahaja. Pilihlah untuk putuskan rantaian penyebaran cerita. kalau orang lain nak teruskan terserah asalkan tidak daripada mulut kita.

Simpanlah jangan dibiar sampai ke hujung kampung. Tidak ada faedah pun sebar cerita tak baik ke mana-mana kepada ramai orang. Tak ada untungnya pun yang akan kita terima juga. Dapat masalah lagi ada. Bebankan diri sendiri pun ya juga nanti hujungnya. Mungkin kat dunia orang suka dengan kita dengan cerita-cerita sensasi tapi apa gunanya nanti merana di SANA kan. Fikirlah baik-baik.

Simpanlah Jangan Dibiar Sampai Ke Hujung Kampung
Google Image | Gambar Hiasan

Kalau hari ini senang hati, ringan mulut, jaja cerita orang, mesti kita sedih dan sakit hati bila orang lain buat perkara yang sama kepada kita satu masa kelak. Kalau pun kita memang yakin perkara yang dilakukan itu benar tidak baiknya tetap sahaja perlu simpan dan jangan hebohkan juga. Awak lindungi aib orang, in syaa Allah aib awak Allah swt lindungi. Kan untuk pengajaran. Pastikan betul-betul, memang untuk pengajaran atau mengaibkan seterusnya memperdagangkan maruah orang lain.

Ada perkara boleh disebarkan untuk pengetahuan pihak tertentu dan seluruh dunia. Ada hal cukup diri sendiri dengan Allah swt sahaja yang tahu.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Simpanlah Jangan Dibiar Sampai Ke Hujung Kampung

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. jgn la membawa mulut tu kalau tau benda yg nak ckp benda tak baik kan

    BalasPadam
  2. sebar berita yg baik2 saja kan

    BalasPadam
  3. jadikan media yang ada skrg ladang utk beroleh pahala bukan tambah dosa. betul tak PC? kalau sampai berita yang tak betul atau tak elok, delete je terus. tu sebaiknya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama