Tahap Rasa dan Merasai Yang Tidak Sama

TAHAP RASA DAN MERASAI YANG TIDAK SAMAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu dan rasa. Ini semua nikmat yang Allah swt pinjamkan kepada kita semua dengan fungsi dan tugas masing-masing. Nampak macam biasa sahaja tapi percayalah besar pengaruhnya dalam kehidupan kita seharian. Jadi kena jaga sebaik-baiknya.

PC sangat tertarik untuk menarik satu deria. DERIA RASA. Deria rasa ni biasa sangat dikaitkan dengan lima rasa berperanan di lidah. Manis, masam, pahit dan masin. Melalui kulit juga boleh merasa. Merasa sentuhan. Tapi satu lagi rasa yang mungkin kadang terlajak dari sensitifnya kita adalah rasa yang letaknya dihati setiap daripada kita. Hati memang bukan deria tapi hati itu adalah salah satu organ penting dalam tubuh manusia.

Kalau lidah kita ini boleh memberi keputusan yang berbeza pada apa yang dirasai begitu jugalah dengan hati kita. Perasaan kita. Setiap kita tidak sama. Trimalah dan percayalah tahap rasa dan merasai yang tidak sama. Pada naluri. Ini yang mahuPC sampaikan. Bebelkan. Ha macam tu.

Hal kecil pada kita boleh jadi menjadi satu hal besar buat orang lain. Tidak serius untuk kita tapi pada orang lain serius sangat. Tidak menjadi isu pada kita tetap sahaja boleh menjadi urusan besar dan isu besar untuk orang lain. Diri masing-masing yang rasa dan merasai jadi diri masing-masing jugalah yang lebih tahu. Jadi bila banyak situasi yang kita dengar dan lihat itu, janganlah cepat menghakimi. Tak baik macam tu. Tak manislah kan. 

Setiap orang ada cerita sendiri. Kalau awak makan cili tak rasa pedasnya jangan awak paksa orang yang makan cili rasa pedas tu cakap makan cili tak pedas. Kalau kucing awak mati awak tak menangis, jangan awak mengata orang lain yang menangis bila kucing dia mati. Kalau awak boleh celik mata dua puluh empat jam tanpa tidur, jangan awak kata orang yang tidur itu lemah dan sebagainya. Jangan juga bila awak makan, awak rasa sedap, kemudian awak marah orang yang kata makanan itu kurang sedap dan biasa-biasa sahaja.

Tahap rasa dan merasai yang tidak sama itu adalah bawaan diri masing-masing. Cara penerimaan dan beradabtasinya manusia yang tidak boleh dipaksa untuk disamakan. Semuanya beragam. Ada tahap dan skalanya. Nikmati sahaja dan saling menghormati apa yang dirasai oleh orang lain. Pembaris pun tidak semuanya lurus. Ada jugakan pembaris yang berbentuk. Berdamailah dengan diri sendiri moga kedamaian itu tersebar lebih luas ke insan di sekeliling kita. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tahap Rasa dan Merasai Yang Tidak Sama



1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama