Jangan Kata Dan Berfikiran Ilmu Duaniawi Semua Sia-sia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN KATA DAN BERFIKIRAN ILMU DUNIAWI SEMUA SIA-SIA. Banyak keputusan yang perlu kita ambil dan boleh kita ambil. Keputusan untuk diri sendiri dan keputusan untuk orang lain juga. Keputusan untuk orang lain tu contohnya ibu bapa tolong buat keputusan untuk anak-anak. Misalnya masa anak-anak masih kecil ibu bapa yang buat keputusan nak beri anak-anak makan,minum dan sebagainya yang terbaiklah. Maklumlah anak-anak masih kecil dan belum boleh membuat sebarang keputusan atau pertimbangan kan. Maka ianya menjadi tugas sementara ibu bapa.

Kenapa PC kata tugas sementara ibu bapa buat keputusan dan pilihan untuk anak-anak. Sampai satu masa anak-anak boleh membuat keputusan dan pilihan sendiri dan ibu bapa menjadi penasihat dan pemerhati sahaja. Tidak semua ibu bapa, namun ada segelintirnya membuat keputusan dan pilihan sendiri walau anak-anak sudah boleh dan selayaknya memberi buah fikiran atau pendapat. Babah mama selalu cakap, "walaupun ibu bapa yang lebih dewasa dan berpengalaman tidak semestinya juga selalu betul, macam tu juga anak-anak, tidak sentiasa meraka salah walau kadang sangat sikit pengalaman atau ilmunya kerana ibu bapa ke, anak-anak ke kan sama-sama manusia biasa". Bila PC fikir, eh ada betulnya. 

Jangan suka main ugut-ugut. Ibu bapa, tolong jangan suka main ugut-ugut anak-anak, sekali lagi tidak semua ibu bapa begini tapi ada. Sehingga anak-anak berada dalan dilema antara takut dosa dan kemahuan. Ibu bapa boleh tegah atau larang anak-anak kalau ianya memang jelas bertentangan dengan syariat agama. Silakan. Namun izinkan anak-anak memberi pandapat dan meluahkan rasa mahu dan keinginannya juga. Kalau hari ini ibu bapa merasa sudah cukup terbaik memberi kepada anak-anak dan ianya la yang memang sangat terbaik, boleh jadi sepoluh atau dua puluh tahun akan datang jika diizin Tuhan ianya menjadi satu keputusan terburuk yang diambil ibu bapa harus ditanggung oleh anak-anak.

Siapa mati dulu itu rahsia. Kalau ibu bapa yang mati dulu tak tengok rasa terkilan anak-anak. Kalau anak mati dulu tak marah atau berdendam dengan ibu bapanya. Jangan fikir semua positif. Kerana yang negatif itu tetap sahaja ada dan mendekat walau kita berusaha menjauh dan menepis kuat. jangan kata dan berfikir ilmu duniawi semua sia-sia. Ya, menuntut ilmu duniawi itu fardhu kifayah kalau dah ada orang lain yang kuasai atau mahir dan dalam bidang itu kita tidak perlu pun tak apa dan terlepas namun tidak salah jugakan kalau kita sama-sama mahu mempelajarinya, kalau boleh nanti kita ajar dan bimbing orang lain pula paling tidak pun untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Benar utamakan yang fardhu ain kerana ianya sangat dituntut apatah lagi ianya melibatkan ilmu yang disyariatkan berkaiatan agama, hukum dan peraturan agama Islam namun agama tidak mengajar kita untuk terus menolak keras ilmu duniawi. 

Jangan Kata Dan Berfikiran Ilmu Duaniawi Semua Sia-sia
Jangan Kata Dan Berfikiran Ilmu Duaniawi Semua Sia-sia 

Tidak salah kalau kita kuasai ilmu duniawi dan kita terus jaga dan dalami ilmu ukhrawi. Kerana tidak pernah Tuhan tidak membolehkan manusia itu menjadi bijak dan berakhlak dalam waktu yang sama beriringan. Mengapa tidak. Tidak semua ilmu duniawi itu buat orang atau anak-anak menjadi gelap dan tersasar, kalau sudah  teracuan ilmu akhlak dan syariatnya inshaAllah ianya menjadi suatu yang boleh dimanfaatkan untuk bangsa dan agama. Berilmu belum tentu orang itu berjaya, tidak berilmu belum tentu orang itu menjadi fakir. Tapi tidak salah jugakan kalau menuntut ilmu baik itu kerana Allah SWT. Mungkin hari ini ibu bapa merasa selamat kerana dirinya tidak berilmu pun boleh berjaya, namun adakah bila anaknya yang sekarang tidak dibenarkan menuntut ilmu duniawi itu akan berjaya juga satu masa kelak. TAKDIR SETIAP MANUSIA ITU TAK SAMA. Anggaplah ilmu duniawi itu datu bonus dan awasan seperti tabungan. Apa pun itu berbalik pada diri masing-masinglah.

Sekian
Tinta PC
Jangan Kata Dan Berfikiran Ilmu Duaniawi Semua Sia-sia 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulillah, entry yang sangat mencerahkan..
    teringat pesanan Ulama “al-Adab qabla al-Tolab” iaitu adab sebelum menutut, pentingnya menjaga adab sebelum menuntut ilmu.. samada ilmu dunia atau ilmu akhirat

    BalasPadam
  2. Sokong coretan PC. Even kita ibu bapa kita bukan sempurna. Jadi kita perlu belajar dan belajar untuk didik anak-anak menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat..insyaAllah

    BalasPadam
  3. perlu seimbangkan tuntutan ilmu ukhrawi n duniawi

    BalasPadam
  4. Ok, uncle setuju!

    Panjang kali ni...?

    BalasPadam
  5. Terima kasih PC..kandungan yg bermanfaat..walau pn blm pernah jd ibu tp tahu tggjwb sebagai parent utk mmbuat sebrg keputusan utk anak2 dia..bkn senang nk senang org kata..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama