Header Ads

Setiap Hari Ujian Mendampingi Dan Disekeliling Kita

SETIAP HARI UJIAN MENDAMPINGI DAN DISEKELILING KITA | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Mahu tidak mahu. Perasan atau tidak. Sedar atau tidak sedar sebenarnya setiap hari ujian mendampingi dan disekeliling kita. Hakikat. Ada orang perasan Ada orang mungkin terlepas pandang. Ada orang tahu tapi kadang terlupa juga akan hal ini. Dan PC sendiri pun selalu terlupa. 

Apa yang kita ada sekarang ni semua Allah yang beri dan pinjamkan. Mana yang tak ada, kita usahakan kemudian ada itu pun pinjaman juga. Kitakan usahakan sahaja. Apapun itu kita usahakan sahaja. Doa. Dan tawakal pada hujungnya. Apa sahaja yang berada disekitar kita, yang ada pada diri kita selain pinjaman ianya juga adalah ujian.

Suami isteri adalah ujian satu sama lain. Bila isteri ada masalah, menjadi ujian buat suami untuk membantu dan menyelesaikan. Begitu juga bila suami ada masalah, ianya pun ujian untuk si isteri bagaimana caranya nak bantu suami. Ibu bapa, anak-anak itu adalah ujian untuknya. Sejauh mana ibu bapa melunas tanggungjawabnya mengurus anak-anak segenap sudut. Macam tu jugalah ibu bapa adajalah ujian untuk anak-anak. Majikan dengan pekerja. Perkerja dengan majikan. Kalau kita ada haiwan peliharaan atau ternakan, ada tumbuh-tumbuhan yang ditanam, tetap sahaja menjadi ujian untuk kita mengurus dan mengendali seperti apa.

Sedikit ilmu yang kita ada. Jawatan atau pangkat yang kita sandang. Semuanya adalah ujian. Bangun tidur, celik mata sampailah kita tidur semula, percayalah semua itu adalah ujian. Ujian yang setiap hati berada disekeliling kita. Ujian macam mana kita bertaggungjawab, macam mana nak sabar, bagaimana nak kaitkan semua sekadar perantara sahaja. Ini yang kadang kita terlupa. Ujian tu boleh datang dalam bentuk apa sahaja dan melalui siapa sahaja menjadi perantaranya. Jadi sebab atau asbabnya.

Jangan nak kurangkan ujian pilih duduk rumah sahaja, pinggirkan diri dengan orang lain dan sebagainya. Awak tengah masak, badan tengah letih ditambah mata mengantuk, eh tiba-tiba gas habis, tiba-tiba bekalan air terputus, nah itu pun ujian tau. Kalau tak sabar mahu maki-maki. Nampak tak. Kita pelihara kucing, kita tengah solat ni, eh boleh je kucing datang muntah tepi sejadah betul-betul kat tempat kaki kita nak bertahyat. Haa, gitu. Tak pun kita tengah solat, tergedik-gedik dia datang baring terbongkang atas sejadah tampat kita sujud tu. Itu yang PC maksudkan ujian sentiasa disekeliling kita. 

Setiap hari ujian memang mendampingi dan disekeliling kita. Memang. Nikmat itu juga adalah ujian untuk kita. Cuma kita sendiri kena minta dengan Allah swt supaya tidak mudah melatah dan tidak mudah bersangka buruk dan berkesimpulan yang tidak-tidak. Diri kita sendiri pun adalah ujian kepada orang lain juga.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Setiap Hari Ujian Mendampingi Dan Disekeliling Kita

6 comments:

  1. Ujian skg pun dah rasa terbeban dan terkesan huhuhhu Allahuakhbar!

    ReplyDelete
  2. Allah.. betul tu.. tengah ajar ajar uyum, eh dia bole buat perangai.. ha ujian tu kan hahha yg ni ujian mmg kena urut dada lebih ni :D

    ReplyDelete
  3. Semoga kita dapat menempuhi ujian kehidupan dengan jayanya

    ReplyDelete
  4. ujian dirasakan tanda kita masih hidup

    ReplyDelete
  5. Hari2 kita hadap ujian. Moga2 kite sentiasa sabar kan.. inshaallah ☺️

    ReplyDelete
  6. Allah uji sebab Allah sayang.. ayat tu lah kadang Kak Sue selalu guna untuk pujuk hati kalau rasa macam tak tahan sangat dengan ujian PC..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..