Header Ads

Terlebih Tenaga Dan Semangat

TERLEBIH TENAGA DAN SEMANGATبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Lesu dan selau keletihan itu sesuatu yang merisaukan ramai orang. Bila kurang aktif bererti kurang juga produktif. Kan. Tapi semua itu ada masa-masanya. Kalau PC la yang alami sendiri. Memang ada masa-masanya badan, hati dan fikiran rasa tidak bersemangat. Lesu. Mood macam melayang-layang ke mana-mana tidak dapat dijejak. Lagi lama hal ini berlaku lagi risau. Lagi rasa rimas dan tidak selesa. Tapi betul, ianya suatu yang tidak dapat PC elak. 

Namun begitu terkadang diri sendiri pun seperti tidak perasan dan tidak mejangka. Akan ada hari-harinya terlebih tenaga dan semangat. Fuh. Orang kata kalau terlebih makan gula boleh jadi hyperactive. Pun boleh jadi jugakan. Mungkin ada termakan lebih manisan ke. Tapi kadang tak makan yang manis-manis pun tetap terlebih tenaga dan semangat. Haa. Kan rezeki tu. Alhamdulillah.

Banyak hal di luat pengetahuan kita. Banyak sangat-sangat. Kenapa boleh terlebih tenga dan semangat itu juga rahsiaNYA. Mungkin faktor pemakanan menjadi salah satu sebab juga namun begitu tidak dinafikan, PC yakin Allah swt akan beri sesuai dengan keadaan dan keperluan kita pada hari itu dan hari-hari yang lainnya juga. Dan sekiranya kita berasa kurang bersemangat pun tentu ada sebabb tubuh begitu dengan juga mahunya DIA.

Bila terlebih tenaga dan semangat, ini yang kadang lain macam jadinya. Mata pun macam tak rasa mengantuk. Lupa bantal. Lupa nak tengok tv. Banyak kerja-kerja boleh dilakukan dan dibereskan dengan lebih baik dan lebih cepat. Tenaga dan semangat satu gabungan yang memacu banyak kerja-kerja terkini dan tertangguh dapat diselesaikan dengan baik. In syaa Allah. Ketika tubuh dan segenapnya terlebih tenaga dan semangat, jangan tumpukan pada urusan dunia sahaja semata-mata, boleh fokus lebih juga pada urusan akhirat. 

Saluran tenaga dan semangat yang ada, yang dipinjamkan ke arah yang baik dan bersemangat. Supaya kalau pun orang tiru atau contohi, ianya suatu yang baik untuk diikut dan diamalkan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Terlebih Tenaga Dan Semangat

logoblog

4 ulasan:

  1. Dah warga emas ni sebaliknya pula.

    BalasPadam
  2. gunakan semangat dan tenaga di tempat yang baik =)

    BalasPadam
  3. shida kalau nk nmpak energy booster tu time malam raya..mgemas memasak..dr pagi smpai mlm non stop ^_^

    BalasPadam
  4. kalau tubuh sihat tiasa bersemangat

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..