Ada Yang Perlu Di DELETE Dan Ada Yang Mesti Di SAVE

ADA YANG PERLU DI DELETE DAN ADA YANG MESTI DI SAVEبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Bahagi dan asingkan. Buang serta padam dan simpan. Bermula daripada diri sendiri juga. kita akan terima banyak perkara dalam kehidupan kita. Apa yang baik dan tidak baik. Apa yang salah dan betul. Apa yang menggembirakan atau menyedihkan. Kita akan terima semua. Dalam hidup kita akan ada salah satu perkara yang sangat-sangat berharga iaitu pengalaman. 

Pengalaman setiap orang tidak sama. Setiap orang akan ada garis waktu masing-masing. Ada yang lurusnya lebih banyak. Ada yang berlikunya lebih banyak. Ada yang lurus dan berlikunya seimbang sahaja. Semuanya atas takdir yang telah Tuhan tentukan dan ada juga akibat daripada usaha-usaha dan doa kita. Akibat baik atau sebaliknya. Itu sahaja.

Itu sahaja?. Sudah tentulah tidak sama sekali. Mahu menjadi insan yang baik perlu proses. Berubah asalnya seorang yang baik tiba-tiba berlaku sebaliknya tentu sahaja ada jalan ceritanya. Semua ada jalan ceritanya mengapa begitu dan mengapa begini. Semua ada pemicunya. Senapang atau pistol yang perlu dijaga adalah pemicunya. manusia yang perlu dijaga adalah landasan agamanya. Jaga agama in sya Allah akan terjaga banyak hal yang lainnya dalam kehidupan kita. 

Jangan dipadam semua. Jangan juga disimpan semua. Ada yang perlu di DELETE dan ada yang mesti di SAVE. Kita tak mampu nak padam semua kenangan yang telah kita lalui. Akan ada yang dengan sendirinya terpadam tanpa kita sedari. Lupa. Ada sesetengah hal yang kita sudah lupa. Ia terpadam dengan sendiri. Boleh jadi kita sendiri pujuk hati dan fikiran untuk padam sahaja supaya tidak menjadi beban pada fikiran dan perasaan. Kadang mahu kehidupan yang lebih sihat dan baik, banyak yang mesti kita DELETE juga supaya langkah kita menjadi lebih mudah, ringan, laju dan lebih mendapat redhaNYA.

Sesuatu hal yang baik, perlu kita SAVE. Simpan dan selamatkan supaya ianya boleh diteruskan dan menjadi benih positif tidak hanya pada diri kita sendiri malahan boleh tersebar kepada orang lain juga. Ilmu yang bermanfaat, kata-kata yang baik, budi orang lain kepada kita dan banyak lagi yang baik itu kita simpan. Kita contohi dan menyambung kebaikkan-kebaikkan itu, ilmu-ilmu bermanfaat itu ke saluran yang paling terbaik dan paling tepat.

DELETE kalau ianya sesuatu yang merosakkan kita. SAVE jika ianya menjadikan kita ini hambaNYA yang lebih baik. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Ada Yang Perlu Di DELETE Dan Ada Yang Mesti Di SAVE


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama