Kesabaran Langkaui Batas

KESABARAN LANGKAUI BATASبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sabar itu tiada had. Apa pun keadaan mesti kena bersabar. Sebab itulah ada berbagai cara atau teknik untuk meredam rasa marah untuk terus laebih bersabar. Bila marah, kalau berdiri duduklah. Ambil wudhuk. Diam. Menjarakkan diri seketika. Istighfar. Sudah lakukan semua ini namun masih lagi hilang dan kian menipis rasa kesabaran yang ada. Nanti dulu ya, jangan terus dikecam orang yang sudah melayang-layang rasa kesabarannya. PC yakin, semua orang ada rasa kesabaran pada dirinya. Ada!!. Bezanya mungkin tahap rasa kesabaran itu sahaja yang berbeza. Lebih sabar atau kurang sabar. 

Jangan terus kecam kalau kita nampak atau dengar orang marah-marah atau memuntahkan rasa yang dia tanggung. Apa pun itu. Semuanya. Segala-galanya tidak kiralah melalui cara apa dan bagaimana. Di media sosial. Melalui tulisan. Melalui naskah karya dan sebagainya. kalau hari-hari kita dengar orang marah-marah atau membebel sekalipun nanti dulu, jangan cepat dihakimi dia begitu atau dia begini, kerana kita tidak pernah tahu apa yang ada dalam kasut yang dia pakai setiap hari. Bgitulah ibaratnya. Apa yang kita lihat dan dengar itu hasilnya sahaja. Boleh jadi dia sudah lama menahan rasa. 

Kalau diri kita sendiri pun, walau hakikanya mesti sabar tanpa had namun kemampuan sabarnya manusia itu ada batas. Mahu kekalkan kesabaran tidak boleh sepihak juga. Kalau kita sabar tapi ada pihak yang sentiasa memberi tekanan atau memijak itu juga menjadi punca juga semakin merekah rasa kesabaran yang ada. Membina kesabaran perlu dua hala. Sebagaimana komunikasi dua hala. Ini sangat-sangat penting. 

jadi jangan pelik atau kita pun naik angin bila tengok kenapa orang itu macam tidak boleh sabar. Macam tidak ada agama dan iman. Lalu kita buat kesimpulan orang itu jenis panas baran dan sebagainya. Kesabaran melangkaui batas itu ada dan sering terjadi baik pada diri kita sendiri atau kepada orang lain. Awak masak air terlalu lama, lama kelamaan air boleh kering jugakan. Awak goreng ikan lama sangat, lama-lama boleh hangus jugakan. Awak makan macam-macam tanpa kawalan, lama- lama boleh bawa mudarat jugakan. Begitu jugalah dengan rasa kesabaran yang disemai dan dipupuk. jangan sesekali mencabar. Pantang larang untuk menjaga atau pelihara dan pulihara kesabaran adalah tetangan dan cabaran berterusan. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Kesabaran Langkaui Batas


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama