Atur Langkah

ATUR LANGKAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Aturkan langkah
Mahu ke mana hala tuju
Mahu ke mana sepasang kaki dihayun
Asaskan dengan nawaitu yang lurus

Atur langkah
Satu per satu
Perlahan pada detiknya
Laju pada masanya
Berhenti bila sangat perlu 

Langkah demi langkah 
Ada ceritanya
Ada maksudnya
Ada yang mesti dijelaskan nantinya
Ke mana
Mengapa
Tinggal jawab sahaja

Aturkan langkah
Bukan sekadar cuma suka-suka 
Mengikut bisikan nafsu semata
Pastikan jelas matlamatnya

Tersasar
Terkhilaf
Terpesong
Namanya manusiawi 
Adakala sebelum dilangkah yang betul
Selalunya dilangkah yang salah dahulu
Asal mahu memperbetul
Asal mahu berubah
Asal tidak terus dihayun langkah yang salah

Sebelum kembali ke Tuhan
Aturlah langkah 
Supaya nanti mudah
Ringan melangkah

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
ATUR LANGKAH


5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Selagi terdaya, langkah kaki tak akan terhenti

    BalasPadam
  2. atur langkah sblm terpesong., aminn

    BalasPadam
  3. dalam setiap langkah kita berdoalah pada DIA.. agar dia tak sasarkan kita pada langkah yg salah.. ameen..

    BalasPadam
  4. sama kita mengatur langkah ke jalan Allah swt :)
    terima kasih PC

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama