Header Ads

Bahasa Kasih Sayang

BAHASA KASIH SAYANGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Assalammualaikum wbt. Sangat banyak bahasa di muka bumi Allah SWT ni. Cuma kita sahaja boleh atau tidak dan mahu atau tidak mempelajarinya. Tapikan  kalau tidak faham bahasa itu bahaya. Buat keras, buat degil ikut kepala sendiri. Diri sendiri susah, orang lain pun susah sama. Dalam banyak-banyak bahasa, bahasa kasih sayang adalah sangat unik yang Allah hantar serta anugerahakan dalam hati serta jiwa hamba-hambaNYA.

Bahasa kasih sayang. Sesama insan yang diperbolehkan. Sesama haiwan. Sesama tumbuhan. Sesama setiap makhluk. Ya, bahasa kasih sayang. Tidak mudah diterjemahkan namun mudah dan lancar dilakukan. Bukan senang dijelaskan tapi sangan halus dirasakan. Kadang tidak perlu berlisan pun namun rasanya tetap dekat dan datang. Itulah bahasa kasih sayang. Empati. 

Cuma yang mengalami merasai. Kalau bercakap dengan yang tidak menjiwai semuanya dianggap remeh dan seperti tidak waras akal yang dimiliki. Allahu. Bahasa kasih sayang itu unik dan istimewa. Namun begitu manusia jangan menyalahgunakannya ikut sesukanya dan diluahkan kepada sesiapa sahaja yang dimahu. Tetap ada hadnya. Tentu sekali ada batas-batasnya. Hidup bertuhan ada hukum ada peraturan. Ikut kalau nak selamat dunia akhirat.

Jangan bila rasa faham dengan bahasa kasih sayang, bukan main sondol semacam. Tebas ikut suka. Jangan menari dan menyanyi dipentas orang lain. Jangan ketawa dan bahagia atas rasa  kesengsaraan orang lain. Tak baik. Tak berkat nanti hidup. Bahasa kasih sayang yang Allah SWT beri, yang kita rasai dan nikamati gunakan dengan cara yang betul. Dengan jalan yang lurus. Untuk salaing menghargai sesama makhluk, saling menasihati dan saling bekerjasama.

Kita tak faham bahasa kucing. Kita tak faham bahasa pokok. Tapi kita ada rasa sayang kerana tanpa sedar ada bahasa kasih sayang yang Allah SWT berikan kepada kita. 

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Bahasa Kasih Sayang

logoblog

4 ulasan:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..