Header Ads

Keadaan Yang Menekan Mengubah Manusia

KEADAAN YANG MENEKAN MENGUBAH MANUSIAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Adanya pendirian yang kukuh dan teguh menyelamatkan manusia dalam banyak hal. Iman, warasnya emosi dan fikiran itulah tunjang utamanya. Perdu cinta. Akar dan asas cinta. Serumpun rasa yang digenggam dan dirasa. Sama Pencipta dan sesama makhluk. Semua bergelut dalam satu relung iaitu keadaan. Situasi. 

Mahu tidak mahu perlu juga diakui bahawa manusia boleh berubah kerana keadaan. Keadaan yang menekan mengubah manusia secara tidak sengaja dan terkadang secara semulajadi. Contoh paling ringkas, terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas yang cuma sesekali itu pun boleh mengubah manusia. Yang sabar boleh hilang sabar. yang ceria boleh jadi murung. Walaupun cuma seketika tapi peruabahn sikap tetap berlaku. 

Apatah lagi dalam keadaan sekarang yang bukan baharu sekarang tetapi sudah berlarutan dalam tempoh waktu ''tahun''. Waalupun tidak semua manusia hanyaut dengan emosi dan tekanan keadaan namun sebilangan besar yang ternoda dengan beban dan dugaan daripada situasi sekarang ini tidak mampu dihitung dengan jari jemari. Bererti melibatkan jumlah yang banyak dan besar serta kian bertambah juga. Terutama dalam isu kewangan atau pendapatan. Tidak dimungkiri akan hal ini. Pembeli membeli kerana mahu membeli dan sebahagian lagi niatnya mahu membantu dan menghidupkan perniagaan orang lain dan sebagai peniaga tidak manis juga bila mengambil kesempatan memainkan harga sewenang-wenangnya.

Mudah beremosi, mudah melenting, sangat berkira dan banyak lagi perubahan yang boleh terjadi dan telah terjadi pun. Dalam keadaan sekarang masing-masing kena berhati-hati dan saling mejaga perasaan masing-masinglah. Jangan ada yang jadi minya, jangan sampi api yang kecil menjadi besar dan jangan mulakan kalau tahu apa akibatnya. Sekarang ni gurauan pun boleh jadi bertumbuk. 

Tidak semua orang mampu mengikut rentas arus untuk terus bertahan. Tidak semua orang boleh terus bertahan dan mempertahankan. kadang ada yang melayang-layang bak lalang.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Keadaan Yang Menekan Mengubah Manusia




logoblog

3 ulasan:

  1. hari tu sekadar meluahkan kepenatan menguruskan pdpr anak anak sehingga menaikkan bacaan tekanan darah... eh ada pulak yg iklan kan produk healy, shaklee. rasa nak marah masa tu... sekarang jadi lebih sensitif dan emo pula...aishhh

    BalasPadam
  2. kena hati-hati bila bercakap sebab kita tak tahu cerita orang yang sebenarnya apa.

    BalasPadam
  3. masalah yg dihadapi masing2 kita tiada siapa yg tahu n fhm

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..