Header Ads

Boleh Minta Lebih-lebih Bila Dengan DIA

BOLEH MINTA LEBIH-LEBIH BILA DENGAN DIAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Sesekali. Sedikit-sedikit in sya Allah boleh-boleh sahaja, tapi kalau selalu dan banyak tentu sekali ada yang bunyi. Itu kisahnya bila kita minta pada orang. Tak kiralah minta apa, minta bantuan tenaga atau dalam bentuk makanan, keperluan juga sebagainya. Kalau orang itu tidak berbunyi kerana tulus memberi, sayangnya orang lain pula terkadang terlebih sudu daripada kuah. Allahu. Sedih. Kesian.

Ada orang belum mampu memberi melainkan meminta sekadarnya itu lebih baik daripada mengambil tanpa izin. Meminta tidak salah berbanding mengambil tanpa izinkan. Ada orang pula mampu memberi cuma bezanya dengan kemampuannya itu jalan mana yang dia pilih. Memberi atau tidak memberi. Itu pun hak dia juga. Kalau dia tak nak beri kita pun tak boleh nak protes lebih-lebih juga.

Kata-kata cacian itu sangat berbahaya kerana boleh membuat orang bangkit hidup ke arah yang lebih baik, boleh juga buat orang merana menanggung rasa dan seterusnya mengakhiri hidup dengan cara yang paling menyayat perasaan. telah benyak terjadi cuma kita sahaja terdedah atau tidak dengan apa yang telah terjadi kepada orang lain.

Tuntutan hidup membuatkan kita terkadang TERPAKSA TOLAK KE TEPI RASA malu. Jangan cepat bersangka tidak baik dan bukan-bukan dengan orang lain ya. Seperti mana berdoa, kita sama-sama berdoa, tapi setiap kita berdoa dengan tujuan, permintaan dan hajat yang berbeza-beza jugakan. Ketika berdoa itulah bicara hamba dengan Penciptanya. Boleh minta lebih-lebih bila dengan DIA. 

Bulatkan hati, genggam rumpun rasa cinta dahulukan apa pun itu termasuk meminta-minta kepadaNYA . Melalui doa. Nanti akan DIA hantar pelbagai perantara terbaik untuk kita atau sesiapa sahaja. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Boleh Minta Lebih-lebih Bila Dengan DIA

2 comments:

  1. Betul tu kak PC, minta je banyak banyak kepada Allah, cepat atau lambat Allah akan perkenankan mana yang terbaikkk untuk kita :)

    ReplyDelete
  2. setuju PC..permintaan yg lebih mulia dan adil adalah meminta minta keapda-NYA :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..