MERAKAM DAN MENGINGAT DENGAN SANGAT BAIK

MERAKAM DAN MENGINGAT DENGAN SANGAT BAIK | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Mata memerhatikan tajam dan tepat. Tenung dengan penuh minat. Telinga teliti mendengar. Otak memproses apa yang didengar dan dilihat. Akan banyak diserap dan disimpan serta diserap berbanding dibuang atau dimuntahkan. itulah anak-anak atau kanak-kanak.

Anak kecil atau kanak-kanak zaman sekarang mudah faham akan suatu hal yang dia dengar dan lihat. Apatah lagi jika sentiasa didengari dan dilihat. Boleh dikatakan anak zaman sekarang lebih cepat matang sebelum usianya. Kadang yang dewasa pun terkalahkan dek mereka tapi jangan sampai hal sebegitu terjadi kerana takut bila mereka menguasai kita, apa pun tak boleh nanti. Ibu bapa tetap ibu bapa. Orang dewasa tetap orang dewasa yang perlu membimbing dan mengawasi mereka ini.

jangan buat perangai yang pelik-pelik. Cakap yang aneh-aneh dan ajar yang bukan-buka pada anak kecil ini. Bahaya sangat-sangat, seperti menyemai benih di tempat yang salah ibaratnya. Tengah bendang sawah padi tak sesuai tanam poko mempelam, begitulah ibaratnya. Bukan bererti bila bersama-sama mereka kita perlu menjadi anak kecil, tidak juga tapi jadi sehabis baik supaya uang dilihat, didengar dan dirakam semua yang baik-baik walaupun untuk mereka tidak merakam atau melakukan perkara salah itu tidak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya ianya tidak berpunca daripada kita.

MERAKAM DAN MENGINGAT DENGAN SANGAT BAIK

Kata paling mudah ''cepat tangkap''. Itulah anak-anak. Kadang bila kita cakap dia buat tak kisah langsung. Siap boleh main-main lagi, jalan sana sini, tapi jangan terkejut nanti dia datang pada kita dua tiga hari kemudian bangkitkan hal yang sudah lepas. Tak ke pitam. PC melihat hak ini disekitar PC. Mendengar pengalaman daripada ramai orang juga. Siapa pun, yang sudah menjadi ibu bapa kalau masih ada anak kecil hati-hati. kalau pun belum ada anak  tetap juga berhati-hati ketika berada ditempat yang ramai anak kecil termasuklah ketika bersama-sama anak buah, anak saudara dan sebagainya ya.

Usia kanak-kanak itulah mereka sangat teruja mahu tahu semua perkara, mereka rajin bertanya dan rajin mengkaji juga. Sel-sel otak baru berkembang dan casnya mula berhubung satu sama lain menuju kebijaksanaan. Kita yang dewasa ini, sumbangkan hal-hal baik kepada mereka supaya yang kekal tersemat dihati dan fikiran mereka itu perkara yang positif sahaja. Aamiin.

Sekian

NOTA PC  : Merakam Dan Mengingat Dengan Sangat Baik.. jadi bukti

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama