CERITA DUA RAMADAN DAN ZAKAT FITRAH

CERITA DUA RAMADAN DAN ZAKAT FITRAH | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TAHUN ni bayar zakat fitrah di kampung. Sebelum-sebelum ni di KL dan di Perak. Alhamdulillah. 

Satu perangai encik suami, dia akan bayar zakat fitrah awal. Ya, awal Ramadan. Dari awal nikah haa sampailah sekarang ni. Jadi tak terkecualilah tahun ni kan. InshaAllah tahun-tahun seterusnya juga begitu. Aamiin. Dulu tengok babah je gitu, bayar zakat fitrah awal. Bak kata babah, bayar awal mudah. Senang.

Bila dah kata awal tu, dua Ramadan dah selesai bayar. Kita puasa 23 Mac, ha 24 Mac tu hari Jumaat, balik solat Jumaat terus encik suami bayar. Excited dia. Balik solat Jumaat terus tunjuk pc resit bayar zakat. 

Macam biasa, kami berdua, abah mak dan babah sepatutnya.. tapi bila pc kira resitnya eh ada lebih satu. Ada 6 keping. Siapa punya lagi satu ni. Berdebar dada. Walau sebenarnya dah tahu juga. 

Kita berdua. Abah mak. Babah mama. Haaa betullah. Inilah jawapan en suami bila pc tanya lagi sorang siapa. Beberapa minit kemudia en suami sedar. "Eh, mama kan dah tak ada".. tak apalah, niatkan sedekah atas nama mama.

Sesiapa yang belum bayar.. bayar cepat.

NOTA PC  : tahun depan ramadan ada cuma kita belum tentu ada
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama