Header Ads

Jangan Lupa Bersyukur

JANGAN LUPA BERSYUKUR | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt  Bersyukur dengan lisan,selalu ucap alhamdulillah.Bersyukur dengan hati,sentiasa memuji Allah SWT.Bersyukur dengan perbuatan sentiasa menjaga apa sahaja tanggungjawab dan yang diamanahkan sebaik-baiknya.

Siapa pun kita dan di mana pun kita berada, apa sahaja situasi kita Jangan lupa bersyukur. Bersyukurlah. Bersyukur ini sebenarnya berat. Ucap syukur mudah dan ringan, namun mahu terjemahkan rasa syukur itu berat dan besar cabarannya. 

Berkeluh kesah,tidak berpuas hati,tidak berasa cukup antara punca membatalkan atau menghalang rasa bersyukurnya manusia.Tidak dinafikan adakalanya PC juga sering protes itu dan ini.Hujungnya bila sedar mula rasa bersalah dan terkilan dengan sikap diri sendiri. Allahu.

Apa sahaja yang kita miliki terus syukuri.Rezeki hari ini syukuri. Takdir hari ini syukuri. Semuanya. Syukur kerana Allah.

Jangan Lupa Bersyukur

 
Sekian
Tinta PC ❤
Jangan Lupa Bersyukur


logoblog

3 ulasan:

  1. Sewajibnya kita bersyukur. Tetapi selalunya kita terlupa...

    BalasPadam
  2. Bersyukur apa adanya. Bersyukur juga buatkan kita bahagia :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..