LEBIH PERCAYA BILA SUDAH TERKENA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Resamnya manusia. Akan lebih dan sangat percaya bila sudah terkena pada diri sendiri atau sudah ada pengalaman atau alami secara langung. Itu pun nasib-nasib jugalah, terkadang sudah kena pun masih tidak ada seriknya. Tidak ada takut atau taubatnya lagi. Apatah lagi mahu lebih memahami.
Bercakap tanpa alami lain apa adanya. Bercakap sekali dengan pengalaman itu lain pula bawaannya. Lebih berganda menghayati dan penghayatannya. Bukan bererti kalau tidak alami atau belum alami, ketika menunjukkan empati itu pura-pura ya, bukan macam itu maksud PC, cuma kadarnya atau tahap empatinya mungkin tidak sampai seratus peratus. Sama-sama merasai atau sudah ada pengalaman dan sedang rasai sesuatu situasi yang serupa 'klik' nya lebih sedikit.
Contoh mudah. Kalau ada orang cerita dengan kita betapa seksanya sakit gigi, kita kesian mendengarnya tapi kita sekdar itu sahaja. Silapa-silap kita boleh jadikan dia bahan gurauan atau ketawakan sahaja. Sekiranya kita sendiri pernah alami bagaimana deritanya sakit gigi itu, bila orang luahkan pada kita, kita nak ketawakan pun tidak tergamak rasanya. PC pernah sakit gigi. Jangan kata mahu ketawa, tengok cicak lari sana sini bercanda di dinding pun rasa macam nak picit-picit suruh cicak tu duduk diam-diam. Begitu jugalah dengan urusan dan perkara lainnya.
Resamnya sifat dan cara kita. Akan lebih percaya bila sudah terkena sedangkan ada pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Bila berbuat kebaikkan berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. Sepatutnya tidak semua hal mesti tunggu sudah terkena atau terjadi pada diri sendiri terlebih dahulu baharu mahu lebih percaya. Sedangkan secara waras dan mudahnya kita boleh sahaja menjadikan pengalaman orang lain sebagai sempadan. Apa yang telah terjadi kepada orang sekeliling kita itu salah satu pengajaran jugakan. Bererti tidak perlu juga SEMUA mahu alami atau lalui sendiri baharu mahu lebih percaya.
Ada perkara perlu kita alami. Pengalaman orang lain kita ambil dan terima, pengalaman sendiri pun perlu dan wajar dilalui. itu semua ikut keperluan sepatutnya sahajalah. Jangan semua mahu dialami dulu baharu mahu lebih percaya. Lebih percaya bila sudah terkena itu boleh, namun adalah lebih baik menjadi orang yang mahu mendengar dan menerima dalam komunikasi. Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Lebih Percaya Bila Sudah Terkena
Tags:
Santai
betul tu..kena berawas-awas lah
BalasPadamBERHATI HATI JGN TERKENA NASIB XBAIK TERKENA JUGA
BalasPadamSetuju. Apa yang berlaku di sekeliling kita sepatutnya dijadikan pelajaran untuk kita tanpa tunggu sampai terkena. Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah.
BalasPadambetul PC...bila sakit gigi mmg tak boleh bawa bincang..kata orang, so far akak tak pernah lagi kena gitu dan harap tak akan kena sakit gigi melampau gitu...takutt
BalasPadambetul.. kalau sakit gigi yg bengkak gusi tu.. uihhh jgn buat main la.. boleh jd nk marah lrg time tu.. sbb sakit sngt..
BalasPadam