Header Ads

Mengharapkan Dipandang Dan Didengari

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENGHARAPKAN DIPANDANG DAN DIDENGARI. Siapa yang tidak suka diperhatikan. Maksudnya mendapat perhatian pada cara dan alasan yang betul. Dan lebih seronok bila apa yang kita cakap orang boleh dengar dan pertimbangkan untuk terima. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangatkan. Dengar dan terima bukan sebab mengampu atau membodek tak pun kerana nak ambil hati. Tapi memang mendengar dengan rasa mahu dan tulus hati. Menghargai. Menghormati juga.

Mengharapkan Dipandang Dan Didengari
Mengharapkan Dipandang Dan Didengari 

Banyak cara orang gunakan untuk meraih perhatian dan apa yang dibicarakan didengari. Banyak sangat. Ada macam-macam cara yang digunakan. Tak kisahlah diperingkat usia berapa pun. Ada sahaja alasan dan gayanya. Ditambah sekarang semua sangat mudah dirakam. Diakses juga. Apatah lagi dikongsi ke mana-mana. 

Namun satu hal yang paling penting bagi PC, mengharapkan dipandang dan didengari oleh Allah SWT. Diketika PC khilaf PC sentiasa berharap Allah SWT akan sentiasa masih memandang dan menegur PC dengan caranya supaya PC tak terus sesat dan berdosa. Doa-doa PC pun, selalu PC letakkan harapan yang sangat tinggi agar Allah SWT sentiasa dengari dengan caraNYA yang MAHA PENDENGAR. Ada satu ketika terkadang bila kita lelah dengan ragam manusia yang entah apa-apa dan seolah menzalimi dalam tersirat, yang kita harapakan adalah pandangan dan setiap rintihan kita Tuhan dengari. Itu sudah cukup paling membahagiakan dan mendamaikan sekali.

Sandarkan segalanya kepada DIA. Anggap sekeliling kita cuma sekadar perantara sahaja. Supaya bile terbit rasa kecewa dan terluka ianya segera sembuh dan terawat juga.

Sekian.
Tinta PC ❤
Mengharapkan Dipandang Dan Didengari 


logoblog

Tiada ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..