Header Ads

Pertambahan Angka Kes Yang Semakin Aktif

PERTAMBAHAN ANGKA KES YANG SEMAKIN AKTIFبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Pandemik Covid-19 masih belum selesai dan belum reda. Sebaliknya setiap hari pertambahan angka kes semkain aktif. Allahu. Ada yang berpendapat kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Tidak baik menuding jari kepada sesiapa pun. Adalah lebih baik kita bersama-sama memutuskan rantaian ini bersungguh-sungguh. Ikut SOP yang telah ditetapkan. baiklah. Kami patuh. kami ikut SOP. Kami dari awal lagi telah menurut arahan dan perintah untuk menjaga SOP sentiasa. Ada satu ketika kes memang betul-betul menjunam turun. Alhamdulillah. Sekadar dua digit. Bahagia sangat-sangat ketika itu. Alhamdulillah.  

Pertambahan Angka Kes Yang Semakin Aktif

Seketika itu yang sangat manis untuk dikenang dan berharap akan berlaku kembali juga. Ya, mungkin apa yang terjadi sekarang salah kita juga. Lagi dan lagi dan lagi. Mungkin masih belum sungguh-sungguh lagilah agaknyakan. Masih ada banyak yang perlu diperbetulkan. Meluahkan itu perit. Memendam itu sakit. Apatah lagi kalau ianya satu hakikat.

Kadang kita perlu benar-benar bersedia untuk menahan sakit yang benar-benar sakit untuk satu sinar kegembiraan, kebahagiaan dan kemudahan masa akan datang pada titik awal. Mungkin tiada istilah terlambat selagi mahu berusaha namun ada istilah parah dalam sesetengah situasi. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Pertambahan Angka Kes Yang Semakin Aktif



logoblog

4 ulasan:

  1. Skrg kes makin naik yg terkorban ibu2 mengandung bersama bayi. Paling sedih bagi nina sebab faham dgn situasi tu

    BalasPadam
  2. Ntah bila nak jadi kosong kan.. Smp x terkata dah bila tgk angka kes2 ni

    BalasPadam
  3. Takut tengok angkak kes minggu ni, cecah 15+k kes, tak tahu lah bila akan berakhir hmmmm

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..