Header Ads

Mama Babah Selesai Terima Dos Kedua Vaksin

MAMA BABAH SELESAI TERIMA DOA KEDUA VAKSINبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Syukur. Inilah kata-kata yang paling indah dan manis. Alhamdulillah. Usaha. Apa sahaja buah fikiran atau pandangan yang setiap orang lontarkan itu adalah hak peribadi masing-masing. Awak terima vaksin alhamdulillah. Awak memilih untuk tidak menerima vaksin kami hormati dan kita tetap saudara darah daging dan saudara seagama. Saling menghormati keputusan masing-masing itu adalah salah satu kunci keharmonian hidup bermasyarakat. Jangan terlalu prejudis atau mudah-mudahnya mahu menuding jari. Ingat, satu tunjuk pada orang bakinya kembali kepada diri kita sendiri jugakan.


Semalam 26 Julai 2021, alhamdulillah mama dan babah selesai terima suntikan kedua vaksin Covid19. Selesai dua dos. Syukur sangat-sangat kedua-duanya baik-baik sahaja cuma rasa kurang selesa, sengal pada bahu dan bekas suntikan seperti mana yang dialami semasa menerima suntikan pertama lebih kurang tiga minggu lepas. PC tak pasti, tapi bagi warga emas sangat diperlukan hadir untuk menerima vaksin bersama-sama waris. Sebenarnya mama dan babah lebih selesa pergi berdua sahaja dengan mama tapi dek kerana syarat dan dipesan begitu maka adik babah, makcik PC dan anaknya iaitu adik sepupu PC menemani mama dan babah ketika menerima dua-dua suntikan vaksin ini.

Mama Babah Selesai Terima Dos Kedua Vaksin

Lain orang lain pengalaman yang dilalui dan dirasai setelah menerima suntikan vaksin. Ada orang serta merta merasai kesannya. Ada orang setelah dua tiga hari. Ada juga setelah berminggu baru merasai kesan pada tubuh. Semoga mama dan babah terus Allah swt permudahkan dan lindungi daripada apa pun rasa kesakitan. In sya Allah PC bakal menyusul untuk terima suntikan dos pertama. Aamiin. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Mama Babah Selesai Terima Dos Kedua Vaksin 




logoblog

5 ulasan:

  1. Minggu depqn saya bakal dapat dose ke dua. Masa dose pertama mengantuk lapar semua ada. Haid pun datang awal seminggu. Tak pernah2 haid datang awal. Harap2 dose kedua mudah bagi saya

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah selesai kedua-dua dose. Harap dipermudahkan urusan dan tak ada gejala2 lain

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dah selesai dahh dua dos, semoga mama abah kak PC sihat selalu, tak ada kesan sampingan yang teruk teruk. Aamiin.

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH KITA BERIKTIAR UTK KESELEMATAN DIRI

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah akhirnya dedua pin dh dpt vaksin...

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..