Selesai Dos Kedua Suntikan Vaksin Pfizer Encik Suami

SELESAI DOS KEDUA SUNTIKAN VAKSIN PFIZER ENCIK SUAMI | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Hari yang ditetapkan pun tiba. Tiada perubahan. Berlangsung seperti yang telah ditetapkan. Aturan yang manusia rencanakan Allah swt redha maka berlakulah. Rasa berdebar-debar tetap ada malahan lebih sedikit berbanding menerima suntikan pertama. Seperti itulah yang en suami katakn kepada PC.


Berbanding suntikan pertama. Rasanya suntikan kedua lebih banyak kedengaran kesannya di mana-mana. Setiap yang sudah selesai menerima kedua-dua dos, dos kedua yang memberi kesan lebih sedikit pada tubuh. Rata-ratanya berkata begitu. Dos kedua lebih memberi kesan yang lebih.

Jadi apakah yang en suami rasakan. Setakat sehingga petang ini, ketika entri ini PC taip dan bakal kongsikan alhamdulillah en suami tidak demam. Sengal dikawasan suntikkan bawa hingga ke bahu dan tengkuk. Cuma apa yang ketara, en suami maklumkan pada PC, badan sangat letih. Tapi masih boleh bangun dan berjalan-jalan. Semoga kesan sampingan ini sementara dan kembali pulih dalam waktu yang sewajarnya dan singkat. Tiada kesan sampingan lainnya pula akan datang. Aamiin.

Khamis
8 Julai 2021
Vaksin Pfizer
Suntikan kedua
LENGKAP

Kita tidap pernah boleh melawan takdir. Tapi Tuhan ajar hambaNYA sentiasa berusaha sehabis baik dan berdoa minta kepadaNYA sentiasa. Kemudian bertawakal. 

Selesai Dos Kedua Suntikan Vaksin Pfizer Encik Suami

Semuanya masih pelu pemantauan dan disiplin yang sangat ketat. Turun dan naiknya jumlah kes setiap hari menyumbang tergugatnya perasaan dan fikiran kita semua. Jangan putus asa berdoa dan bersangka baik. Semoga Allah swt sentiasa beri kita semua rasa kesabaran yang paling terbaik untuk menjalani rutin harian yang kian mencabar ini. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Selesai Dos Kedua Suntikan Vaksin Pfizer Encik Suami 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama