Bangga Dengan Diri Sendiri Tapi Senyap-Senyap

BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI TAPI SENYAP-SENYAPبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. bangga dengan diri sendiri itu perlu. Itu tanda menghargai diri sendiri. Itu juga tanda bersyukur dan mensyukuri nikmat apa yang Allah swt beri dan pinjamkan kepada kita. Bagi PC tidak salah. Contohnya kita boleh siapkan atau lakukan dua tiga kerja dalam satu masa, ucapkan tahniah pada diri sendiri. Bisikkan dalam hati. Bercakap dengan diri sendiri. Ucap terima kasih kepada Allah swt. Kerana DIA permudahkan dan beri kemampuan itu kepada kita untuk lakukan. Sekurang-kurangnya kita tidak riak. Terlepas satu sikap kurang baikkan.

Habis tu tulis pada resume panjang berjela lepas tu bagi orang baca dan tengok tu tak ke riak?. Itu lain. Itu dalm keadaan seseorang atau kita sedang berusaha untuk mencari dan mendapatkan serta meraih kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Kerana kadang dengan sekadar percakapan tanpa bukti orang tidak mahu mempercayai. Dan itu sememangnya syarat atau prosedur wajib bagi seseorang yang mau mohon pekerjaan tidak kiralah disektor kerajaan mahupun sektor swasta. Tapi kalau selepas itu awak jaja ke mana-mana tanpa orang tanya atau minta apa kelulusan atau tahap pendidikan, kemahiran atau pengalaman rasanya itu kalau tidak dibendung boleh meleset ke riak.

Macam mak bapak yang suka sembang cerita sana sini pasal anaknya tu macam mana. Lumrah, tidak ada ibu bapa yang tidak berasa bangga dengan anak-anaknya. Kalau dulu, bila anaknya dapat masuk universiti belajar di universiti itu suatu yang paling membanggakan. Siap buat kenduri tujuh hari tujuh malam. Cerita sampai anak tu dah beranak pinak pun masih tak habis, tapi sekarang, kalau anaknya tidak belajar di universiti pun, bila anaknya menjadi manusia yang baik, 'manusia yang manusia' sebenarnya sudah sangat membanggakan mak bapak, kerana cabaran membesarkan anak zaman sekarang bukan tugas mudan dan ringan. Jika ada orang tanya, tidak salah maklumkan sekadarnya tanpa berlebih-lebihan, tapi kalau tak ada orang tanya tapi awak dok cakap sahaja berulangkali hingga orang yang mendengar daripada selesa jadi tidak selesa, daripada suka jadi meluat dan benci, itu kena hati-hati juga.

Bangga Dengan Diri Sendiri Tapi Senyap-Senyap

Bangga dengan diri sendiri senyap-senyap tidak langsung menyelamatkan diri sendiri dan orang terdekat disekitar kita. ibu bapa, suami, isteri, adik beradik dan anak-anak kerana zaman sekarang yang dikecam dan diserang mental dan emosinya tidak hanya pelaku sahaja sebaliknya segenap susur galurnya akan dicari dan diheret sekali juga. Kesiankan, kerana kita yang lain tak pasal-pasal terpalit. kalau tercalit minyak wangi alhamdulillah. kalau tercalit lumpur atau arang, tak ke sedih kita. Ada masa pencapaian yang kita banggakan boleh jadi motivasi kepada orang. Kadang-kadang sebaliknya yang terjadi, orang jadikan kita musuh tanpa kita tau apa sebabnya. Alasan untuk suka dan tidak suka itu seimbang.

Tidak rugi bangga dengan diri sendiri tapi senyap-senyap. Ini pendapat PC ya. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Apa sahaja kemampuan atau kelebihan dan pencapaian yang mungkin kita ada, telah lakukan dan sedang lakukan kadang kalau Allah swt nak tunjukkan pada orang lain ianya boleh sahaja terjadi tanpa keluar daripada mulut kita sendiri dan tanpa kita tunjuk dengan perilaku pun. Sekurang-kurangnya kita sudah selamat dalam satu bab. Mulia atau hina seseorang itu boleh terjadi sekelip mata.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bangga Dengan Diri Sendiri Tapi Senyap-Senyap 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Fiza tak follow PC lagi rupanya. 🤭

    BalasPadam
  2. Wkmsalam
    Lebih kepada menghargai diri sendiri

    BalasPadam
  3. Wajib ya ucapkan alhamdulillah, berjaya melaksanakan tugas ..apa lagi solat dah tunaikan..rezeki berganda2 wajib tu bangga tetapi dalam hati untukNya. Subahanallah

    BalasPadam
  4. Setuju. adalah baik merendah diri dalam sesetengah perkara.

    BalasPadam
  5. BERBANGGA DGN CITRA DIRI BERSYUKUR SELALU

    BalasPadam
  6. Zaman cyber bully ni menakutkan. Silap share lain jadinya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama