BENARKAH KITA SUDAH BENAR-BENAR SEDAR

BENARKAH KITA SUDAH BENAR-BENAR SEDARبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. mata melihat. Telinga mendengar. Mulut berbicara. hati berbisik-bisik. Setiap hari kita mencar dan mengikuti banyak berita dan perkhabaran. Kita disogokkan dengan banyak dan pelbagai pesanan. Setiap hari. Terkadang macam sudah tawar semuanya sedangkan itu semua penting dan perlu. 

Ada ketika kita mencari tahu banyak cerita dan berita. Ada masanya berita atau cerita itu memang sampai kepada kita melalui orang lain. Tidak kisahlah asal tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga. Itu sudah memadai sangat-sangat. Sudah cukup baik. Mana baik ambil dan mana yang kurang elok janganlah tetap ditiru juga. Mrugikan.

Banyak sangat peristiwa atau perkara terjadi boleh menjadi pengajaran kepada kita. Memang banyak sangat. Satu persatu Allah bantu kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Tidak kiralah daripada mana pengajaran dan peringatan itu. Kita tahu kemudian mahu beruabah, atau kita cuma biarkan ianya berlalu pergi sahaja macam angin lalu. Mana yang kita pilih. Mana satu.

Benarkah kita sudah benar-benar sedar. Dalam banyak perkara. Sepanjang hidup ni tentu telah banayak kesilapan yang kita buat, PC terutamanya. Kemudian kita sedar kita salah, adakah kita berhenti dan berubah atau tetap pada keasalahan yang sama dilakukan lagi berulangkali. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, kes semakin meningkat. Setiap hari angka bertambah dan terus bertambah. Allahu. 

Mendengar berita kematian kita sedih sangat-sangat membayangkan kalaulah itu keluarga aku. Tapi setakat mana kita benar-benar sedar. Setakat mana?. Tidak semua yang masih berdegil. Kerana PC yakin ramai orang yang sangat-sangat tahu dan memang sangat-sangat menjaga serta mematuhi apa sahaja pengarahan yang diberi. Namun begitu yang masih berdegil tetap sahaja ada dan tidak kurang ramainya. Satu hal yang penting bagi PC adalah, ibu bapa perlu mengawal dan menerangkan kepada anak-anak mereka akan hal ini. kalau boleh kawal pergerakkan anak-anak di rumah supaya tidak mudah-mudahnya pergi ke rumah jiran tetangga untuk bermain-main. 

BENARKAH KITA SUDAH BENAR-BENAR SEDAR

Waktu dan keadaan sekarang adalah sangat tidak sesuai. Tolonglah. Kita tidak akan boleh terjaga kalau orang lain tidak mahu sama-sama menjaga. Begitu juga sebaliknya. Kalau kita tidak menjaga orang lain juga sukar untuk terjaga. Covid-19 tidak memilih masa, tempat dan siapa. Harap maklum sangat-sangat. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
BENARKAH KITA SUDAH BENAR-BENAR SEDAR

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Mungkin dah lama sangat mereka terpaksa ikuti SOP norma baharu.

    BalasPadam
  2. Semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah.. Aamiin Ya Rabb..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama