Header Ads

Nikmat Cuma Sekejap

NIKMAT CUMA SEKEJAP. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Dapat menikmati banyak nikmat itu pun salah satu rezeki. Walau cuma sekecil nikmat. Seberapa umur kita hidup di dunia ini dengan iziinNya, sudah tentu tersangat banyak nikmat yang telah dikecapi. Sampai kadang tu lupa nak bersyukur. PC mengata dan ingatkan diri sendiri sebenarnya. 

Realitinya,kalau berasa lama hidup di dunia ini,barangkali lebih lama kita hidup di alam kubur. Kita tidak akan dihisab selagi mana alam ini belum kiamat.Sebenarnya panjang lagi perjalanan kehidupan kita. Kalau hidup di dunia seratus tahun, barangkali hidup di alam kubur lebih berganda daripada itu. Nikmat cuma sekejap.

Nikmat cuma sekejap. Tiada yang menolak nikmat. Mendapatkan dengan cara yang betul tentunya lebih berkat. Namun tidak dinafikan mungkin ada juga biar dengan cara dan laluan yang khilaf tetap sahaja merasai nikmatnya. Nikmat itu buat kita semakin dekat atau jauh daripada-NYA itu yang membezakan. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Nikmat Cuma Sekejap

logoblog

3 ulasan:

  1. segalanya fana bersyukur n reda

    BalasPadam
  2. Nikmat memang sekejap...

    Contohnya makkan... Lepas telan, habis.

    BalasPadam
  3. Betul kak PC, nikmat tu hanya sekejap sahaja, bila bila masa Allah boleh tarik nikmat yang diberikan olehNya.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..