Header Ads

BOLEH BUAT PILIHAN MAKA PILIHLAH YANG MEMUDAHKAN SEMUA

BOLEH BUAT PILIHAN MAKA PILIHLAH YANG MEMUDAHKAN SEMUAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Hidup sangat terdedah dengan banyaknya pilihan. Waktu tidur pun kita ada pilihan mahu tiarap, telentang, miring kanan atau miring kiri. Itu waktu sedang tidur, apatah lagi ketika sedang sedar, tentu sekali lebih banyak pilihan yang terbentang di hadapan mata kita semua. 

Alhamdulillah.

Oleh kerana kita tidak hidup bersemdiriankan justeru itu pada setiap pilihan yang perlu dan mesti kita buat mahu tidak mahu tidak boleh sisihkan keperluan dan kehendak yang lain juga. Bukan bererti apa pilihan, keperluan dan kehendak kita itu kita ketepikan semuanya, tidak juga namun sebelum membuat keputusan atau pilihan tentu sahaja perlu ambil kira banyak aspek juga.

BOLEH BUAT PILIHAN MAKA PILIHLAH YANG MEMUDAHKAN SEMUA

Boleh buat pilihan maka pilihlah yang memudahkan semua. Awak memudahkan orang dan makhluk lain, in sya Allah kemudahan berganda-ganda akan kembali merapat kepada awak. Percayalah kadang luar jangkaan dan luar logik akal. Tidak disangka-sangka juga. Maha baiknya Allah swt kepada kita. Sungguh sayang dan cintanya Allah swt kepada kita juga. Sentiasa sebenarnya.

Hakikat yang bukan main-main. Kalau nak puaskan hati semua orang memang tidak akan boleh. Perkara buruk kita buat orang kecam dan jangan ingat perkara baik kita buat semua orang boleh terima bulat-bulat dengan sangat mudah. Semua ada nilainya. Semua ada harganya. Buat apa kita fikirkan orang lain pada apa yang mahu kita pilih untuk lakukan?. Sedangkan belum tentu orang suka dan boleh terima serta hargai. Silap-silap kita yang kena balik. Memang 
betul sangat la tu.

Tetapi.

Bila kita berfikir dan mencari sesuatu kebaikkan untuk semua sebelum membuat pilihan itu juga satu tanggungjawab. Itu juga antara sifat insan yang ada rasa cakna pada sekelilingnya dan tidak ego memntingkan dirinya sendiri. Walaupun sebenarnya dia diberi pilihan dan boleh sangat-sangat membuat pilihan hanya untuk kemudahan dan kesenangan dirinya sahaja, bila dia tidak memilih pilihan itu bererti hatinya masih hidup dan tidak tertutup. Ya, sesetengah perkara sangat perlu kita pilih pilihan yang besar peratusannya demi keperluan dan kepentingan diri sendiri tetapi tidak semua dan keseluruhannya harus begitukan. 

Jadi.

Jangan hanyut bila diberi peluang untuk membuat pilihan walaupun tidak ada halangan untuk kita melakukannya. jadikan akal dan iman itu sebagai garis dan benteng. S e k i a n.

Tinta Perdu Cinta ❤
BOLEH BUAT PILIHAN MAKA PILIHLAH YANG MEMUDAHKAN SEMUA

logoblog

5 ulasan:

  1. Bak kata pipihlah sungguh2 macam nak cari pasangan....

    BalasPadam
  2. masih ada pilihan lakukan yg terbaik

    BalasPadam
  3. Setuju. Setiap pilihan kita sedikit sebanyak akan ada kesan pada yang lain. Kalau kita pilih utk mudahkan urusan orang, insya-Allah urusan kita pun akan jadi serba mudah.

    BalasPadam
  4. Betul tu, kita takkan dapat puaskan hati semua orang. Berikan yang terbaik permudahkan urusan orang lain, InshaAllah urusan kita juga akan dipermudahkan oleh Allah. Buatlah pilihan yang lebih baik :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..