Dan Bila

DAN BILA

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Dan bila kau jatuh tersungkur dan cedera parah kerana lisan dan perbuatan manusia, segeralah mencari kekuatan bangkit semula kerana Allah swt. Cukup bangkit berdiri dan melangkah semula kerana Tuhan-mu. 

Dan bila kau rasa apa yang diusahakan gagal, jangan berasa begitu kerana dengan kasih sayang Allah swt tidak mungkin DIA menggagalkan usaha hamba-hambaNYA. Sebaliknya bersangka baik kepadaNYA dengan beranggapan semuanya sedang DIA tangguh untuk diberikan pada waktu dan keadaan yang paling sangat tepat untuk kau nikmati.

Dan bila kau rasa lelah dengan ujian di dunia, jangan segera mengalah dan mengaku kalah kerana sekurang-kurangnya masih ada ruang dan peluang untuk kau perbaiki atau memulakan semula. Jika sudah berada di alam yang lain, yang kekal hidup selamanya sudah tidak ada peluang kali kedua dan seterusnya untuk kau.

Dan Bila

Dan bila lebih ramai orang mengkritik diri kau jangan berlengah untuk muhasabah diri agar segera berubah menjadi manusia yang lebih baik bukan terus hanyut dengan keasyikkan sendiri dan terbuai dengan pujian tersirat bermacam maksud dan niat.


Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Dan Bila

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama