Garisan-garisan Hak

GARISAN-GARISAN HAKبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. Saya ada hak. Awak ada hak. Mereka ada hak. Ketika saya, awak dan mereka membicarakan tentang hak, jangan pernah lupa dan menafikan hak-hakNYA juga.Ingat itu. 

Menghormati dan mengangkat setiap hak di tempat dan diwaktu sepatutnya. Memandang remeh hak orang lain itu berbahaya. Sama seperti mengetepikan wujudnya orang lain. Hak bersuara. Hak mempertahankan. Hak menuntut. Hak mendakwa. Hak memberi. Hak memperjelaskan. 

Garisan-garisan Hak

Garisan-garisan hak. Setiap manusia dan makhluk juga semua ada hak masing-masing. Izinkan setiap kita berada digarisan hak masing-masing. Kalau tidak sealiran. Kalau tidak setara. Kalau tidak sehaluan, ditengah-tengahnya adalah perbincangan. Bila mempertahankan hak tentu ada sesuatu disebaliknya. Ada sebab yang kuat dan teguh. Namun begitu belum tentu ianya memberi banyak kebaikkan kepada ramai atau semua orang.

Hari ini kita langgar garisan hak orang kerana berasa apa yang sedang kita beri itu lebih baik, sebenarnya belum tentu juga. Jernih diawal hingga akhir itu dambaan. Jernih diawal keruh diakhiran itu satu ketakutan. Keruh diawal seiring waktu jernih diakhiran itu lebih baik dan menjadi harapan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Garisan-garisan Hak


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama