Kedamaian

KEDAMAIAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

Sering dicari
Selalu diusahakan
Sentiasa diharap-harapkan
Dengan apa cara pun
Bagi yang mahu
Bagi yang berasa kedamaian
Itu sangat-sangat perlu 

Kedamaian
Mahal 
Tidak biasa-biasa 
Sangat bererti
Begitu berharga

Ke mana pun
Di mana pun
Siapa pun
Kedamaian itu bermula daripada hati
Letak rasa dan bermula daripada hati

Tidak semua mahu kemudian memperolehi
Tidak semua mudah mengecapi
Ada banyak yang mesti dipenuhi
Diisi dan dilengkapi

Kedamaian 
Itu nikmat
Bersyukurlah sesiapa yang merasai 
Ianya boleh datang
Ianya boleh pergi
Berselang seli
Bersilih ganti
Bagaimana kita terus menggali

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kedamaian


3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kedamaian hati lambang kebahgaan hidup

    BalasPadam
  2. semua letak pd hati
    insyaallah
    pasti terasa kedamaian di mana jua

    BalasPadam
  3. kadang-kadang perlukan masa sunyi untuk seketika

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama