Header Ads

PEJUANG

PEJUANGبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sedar tak bahawa kita semua sedang berjuang. Kita semua adalah seorang pejuang. Berjuang bersendirian. Berjuang beramai-ramai dan bersama-sama. Ya, kita sedang berjuang bersungguh-sungguh. Dengan cara masing-masing. Dengan keupayaan sendiri-sendiri. Ada yang saling membantu dan menyokong dengan tenaga hingga berkeringat. Ada yang sama-sama berjuang dengan memberi sokongan melalui doa-doa yang tidak pernah surut dan berhenti.

Setiap orang ada garis takdir dan garis waktu masing-masing. Aku, kau, kita dan mereka. Semua akan melalui banyak fasa dalam kehidupan yang telah, sedang dan akan dilalui. Selagi masih berdenyut nadi. Selagi Allah swt mahu dan izinkan. Kita adalah pejuang. Berjuang melawan segala bisikan-bisikan. Berjuang menangkis segala hasutan yang tidak baik. Berjuang menjadi hambaNYA yang sentiasa mahu menjadi yang baik dan terbaik pada pandangan Tuhan baik di dunnia apatah lagi untuk di akhirat kelak.

Tambahan dalam situasi sekarang.Kita masih lagi belum bebas. Belum lagi keluar daripada rasa yang tidak mahu dirasakan. Rasa takut. Bimbang. Curiga. Sedih. Semua rasa ada. Menghadapi situasi terkini yang sudah mengambil masa panjang ini memerlukan semangat pejuang yang bukan main-main. Bukan cuma cakap tapi buat. Tidak hanya dibibir tapi diperilaku dan tindakan juga. Ramai yang sedang berjuang. Ramai sangat-sangat. Untuk diri sendiri. Keluarga dan orang ramai. Pejuang yang berjuang tidak kenal erti patah semangat. Jatuh kemudian bangkit lagi dan lagi.

Sayap kanan. Sayap kiri. Pejuang dari arah mana sekalipun pastikan niatnya betul dan paling lurus. Jangan pernah mempergunkan istilah pejuang itu untuk mengaburi mata-mata dan pandangan orang lain. Aku pejuang yang sedang berjuang, kau pejuang juga yang sedang berjuang, tapi perjuangan kau untuk menjatuhkan aku. Jangan begitu. Dan sebaliknya juga.

PEJUANG

Pejuang, ada yang mara dan ada yang tewas. Dalam setiap langkah pejuang yang berjuang tentu sahaja disertai cabaran yang bukan calang-calang. Cedera emosi dan mental itu suatu yang pasti. Luka dan darah yang tidak terlihat tetapi sangat dirasai itu lebih mencengkam rasa para pejuang dimasa ini. Kita adalah pejuang. Sedang berjuang. jangan lupa dan tinggalkan Tuhan dalam setiap perjuangan kita. baik menang mara atau tewas TUHAN tetap ada bersama-sama dengan kita.
Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
PEJUANG

logoblog

4 ulasan:

  1. perjuangan yang tak akan pernah habis

    BalasPadam
  2. merdeka! merdeka! merdeka!
    eh tetiba heheh...

    BalasPadam
  3. Sekarang kita tengah sama2 berjuang menentang C19

    BalasPadam
  4. Semoga dalam perjuangan kita sekarang nie.. Allah selalu melindungi kita..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..