Ad Code

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Berat Dan Besar Peranan Seorang Blogger

BERAT DAN BESAR PERANAN SEORANG BLOGGERبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Rapi susun atur segenap widget. Cantik kombinasi warna yang digunakan menwarnai template yang dipilih. Lengkap dan menyenangkan sahabat-sahabat blogger yang sudi singgah ke blog kita. Blog adalah rumah kecil yang mewah dengan pelbagai pengisian. Menyimpan segenap rasa yang dimuntahkah menjadi artikel-artikel daripada hati dan fikiran kita. Semuanya ada. Rasa gembira dan bahagia. Rasa sedih dan kecewa. Segenapnya diluahkan diblog. Ada juga yang diluahkan dimedia sosial yang lain. Bergantung pada masing-masing punya keselesaan dan pilihan sahaja. Adakah blog sekadar tempat berkongsi pelbagai jenis artikel sahaja. PC yakin tentu sekali tidak. Blog lebih daripada itu. Blog boleh menjadi sahabat kita. Diai sepanjang hayat. Tabungan cerita-cerita yang sangat indah untuk dikenang satu masa nanti. Tidak mustahil ianya boleh diwariskan juga.

Berat Dan Besar Peranan Seorang Blogger

Mencari idea. Ubah idea menjadi artikel. Sesekali. Setiap hari. Seberapa kerap seorang blogger itu berkongsi artikel itu adalah hak masing-masing mengikut kehendak dan keperluan juga sebenarnya. jangan  jadikan blog sebagai beban. Santaikan sahaja walaupun mungkin blog menjadi salah satu sumber rezeki dan medan pekerjaan bagi sesetengan blogger. Tetap sahaja perlu santai dalam mengisi tempoh atau tarikh lunas tugas yang telah ditetapkan kerana berada pada situasi tertekan pun akan hilang rasa nikmat menjadi seorang blogger dan jadi lesu melihat blog.

Sebenarnya berat dan besar peranan seorang blogger. Menyampaikan. Menyebarkan. Tidak mudah kerana semua ada sisi yang mesti diambil kira. Baik itu artikel daripada pengalaman diri sendiri, diambil daripada sumber yang terpecaya, berdasarkan pengalaman orang lain dan sebagainya, percayalah ianya suatu yang berat dan besar tanggungjawab yang mesti digalas. Ada orang baca sekadar baca. Ada orang baca dan contohi. Ada orang percaya dan amalkan. Jadi kalau salah apa yang kita sampaikan, kemudian orang percaya dan amalkan, berat mahu kita jawab di akhirat kelak, dan besar juga tanggungjawab kita mahu memperbetulkannya.

Dulu masa mula-mula berkecimpung dalam dunia blogger ini PC tidak terlintas difikiran akan perkara ini.. 'blog aku ikut suka aku'. namun seiriang waktu kesedaran mula timbul dan daripada situ banyak perkara yang mesti sangat-sangat perlu dipertimbangkan ketika mahu menaip dan berkongsi artikel kepada umum. Semuanya mesti ada had dan ada landasannya. Berhati-hati bukan sahaja ketika di jalanraya, ketika bercakap, malahan menjadi seorang blogger pun mesti berhati-hati. Sekian

Tinta Perdu Cinta ❤
Berat Dan Besar Peranan Seorang Blogger 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. setuju kak. tak berani kongsi sesetengah benda, takut tersalah faham di kemudian hari

    BalasPadam
  2. Betul apa pd bagitau berat peranan seorang blogger sebenarnya, terima kasih atas pengkongsian ni

    BalasPadam
  3. Saya lebih suka berkongsi mengenai diri berbanding mengulas isu semasa atau orang lain... Masih amalkan blog peribadi dan tak mengejar2 apa2. hehe

    BalasPadam
  4. Alamak.. Blog uncle lah yang tak memberi manfaat kat siapa-siapa pun... hahaha!

    BalasPadam
  5. setuju PC. Risau kalau tersampai cerita yang tidak benar. Setuju jugak dekat part jadi blogger jangan dalam keadaan tertekan. kalau tak seronok menulis, entry pun nampak macam hambar

    BalasPadam
  6. betul tu.. nak menulis kena ada idea.. bukan main tulis je, kena ada point supaya pembaca faham..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Ad Code

Responsive Advertisement