Berkeringat Seorang Hamba

BERKERINGAT SEORANG HAMBA

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


Awan mendung berarak lalu
Sinar matahari cerah menyerbu
Jangan diungkit yang pahit dahulu
Hargai yang manisnya digilap selalu

Hargai yang manis digilap selalu
Merintis hidup satu persatu 
Tiada yang mudah segenap hidupmu
Tuhan tahu apa yang hamba-NYA diperlu

Tuhan tahu apa yang hamba-NYA perlu
Tuhan beri juga apa yang kita mahu
Namun manusia janganlah lupa selalu
Kufur nikmat mesti dihindari olehmu

Kufur nikmat mesti dihindari olehmu
Kalau mahu hidupnya berkat selalu
Lunaskan yang wajib penuhkan yang fardhu
Kecukupan sering memenuhi hatimu

Kecukupan sering memenuhi hatimu
Bila amalkan syukur selalu
Seiringkan niat dan perilaku
Makhluk suka Tuhan rindu

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Berkeringat Seorang Hamba

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Andai kita selalu bersyukur, kita akan sentiasa berasa cukup :)

    BalasPadam
  2. Betul kak PC, syukur selalu atas segala nikmat yang diberikan oleh Allah.

    BalasPadam
  3. Subahanallah ..indahnya kata-kata..memuji Allah yang esa..

    BalasPadam
  4. Semoga jadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama